Home > Bahasa Melayu
PPDB Adakan Latihan Menembak 3 – 4 Julai
July 2nd, 2023 | 11:20 AM | 68 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) akan mengadakan latihan menembak pada Isnin, 3 Julai 2023 dan Selasa, 4 Julai 2023, bermula jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang di Kompleks Padang Tembak Polis Diraja Brunei, Simpang 338 Jalan Muara, Kampung Sungai Akar.
Sehubungan itu, PPDB ingin memaklumkan kepada orang ramai supaya tidak merasa cemas dan tidak menghampiri tempat latihan kerana latihan berkenaan akan menggunakan peluru hidup bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku sepanjang latihan berkenaan dijalankan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]