Home > Bahasa Melayu
Operasi Kelinga Temui 2 Kesalahan
July 2nd, 2023 | 11:22 AM | 85 views
TANJONG NANGKA
Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang, Jabatan Buruh telah menjalankan Operasi Kelinga 139/2023 di kawasan Kampung Tanjong Nangka pada 28 Jun 2023, bertujuan untuk menguatkuasakan dan memastikan Perintah Pekerjaan 2009 dipatuhi oleh para majikan.
Pemeriksaan dijalankan di kawasan Kampung Tanjong Nangka telah mendapati sebanyak dua kesalahan di bawah Perintah Pekerjaan 2009, yang dilakukan oleh majikan.
Antara kesalahan-kesalahan tersebut ialah Bab 112 (1) menggaji pekerja asing tanpa lesen daripada Pesuruhjaya Buruh dan Bab 112(2) kesalahan melanggar syarat-syarat Lesen Pengambilan Pekerja Asing di mana pekerja yang berjawatan Foreman didapati membuat pekerjaan tukang bersih dan pekerja berjawatan Concrete Placer didapati membuat pekerjaan memotong rumput.
Bagi kesalahan tersebut, jika sabit kesalahan, majikan boleh dikenakan denda kompaun sebanyak BND600 bagi kesalahan pertama dan BND900 bagi kesalahan kedua. Bagi kesalahan ketiga ataupun jika gagal membayar denda kompaun tersebut, majikan akan dihadapkan ke mahkamah.
Sehubungan itu, Jabatan Buruh ingin mengingatkan kepada majikan supaya sentiasa memantau hal ehwal kebajikan pekerja selaras dengan kehendak Perintah Pekerjaan, 2009 seperti penyediaan kontrak pekerjaan dan pembayaran gaji tepat pada waktunya.
Para majikan adalah dinasihatkan untuk tidak menyalahgunakan Lesen Pekerja Asing dan melanggar akta di bawah Perintah Pekerjaan 2009. Untuk makluman lebih lanjut bolehlah berhubung dengan Jabatan Buruh menerusi talian +673 2381848 (semasa waktu bekerja) atau +673 7298989 (di luar waktu bekerja).
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]