FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Prihatin Akan Institusi Pendidikan Negara


 


 July 3rd, 2023  |  10:16 AM  |   47 views

RIMBA

 

Sikap prihatin Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sentiasa mengambil perhatian dan memeduli hal kebajikan rakyat di negara ini.

 

Keberangkatan baginda ke salah sebuah institusi pendidikan jelas mencerminkan bahawa baginda sangat mengambil berat tentang permasalahan yang dihadapi serta memastikan negara sentiasa berada dalam suasana aman, damai dan sejahtera serta menikmati kemajuan dan pembangunan pesat, dalam bidang fizikal serta kerohanian.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mula-mula berkenan berangkat melawat ke Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Kampung Rimba dan keberangkatan tiba baginda dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman dan Pengetua sekolah berkenaan, Awang Haji Norhisyam bin Haji Mohd. Noor.

 

Keberangkatan tiba baginda di ruang legar sekolah tersebut, dialu-alukan dengan pukulan hadrah oleh seramai 20 pelajar sekolah berkenaan dan berkenan menyaksikan Persembahan Tarhib daripada 11 pelajar Tahun 6 yang berpakaian 'Awang Budiman'.

 

Sejurus itu, di ruang yang sama, baginda dijunjung bagi menandatangani plak sekolah dengan disusuli dengan persembahan bacaan selawat dari pelajar Tahun 6 yang diketuai oleh diketuai oleh Awang Md. Ihtifazuddin bin Suhaili, pelajar Tahun 9 yang kemudian memimpin bacaan Doa Peliharakan Sultan.

 

Baginda seterusnya disembahkenalkan oleh Pasukan Tentera Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pasukan Kadet Polis Pasukan Polis Diraja Bunei dan Pasukan Pengakap sekolah tersebut.

 

Baginda seterusnya memulakan lawatan ke perpustakaan dan menyaksikan sesi pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab. Sebelum beredar baginda juga berkenan melawat Pameran Alat Bantu Pelajar. Dari sana, baginda dijunjung ke Bilik Guru-guru Perempuan Tingkat II dengan menaiki lif dan berkenan beramah mesra bersama tenaga pengajar sekolah tersebut.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam seterusnya berkenan ke Bilik VIP bagi menandatangani Lembaran Kenangan dan seterusnya menerima pesambah daripada pelajar dan sekolah berkenaan.

 

Sebelum mengakhiri lawatan, baginda berkenan bergambar ramai bersama warga sekolah dan berkenan beramah mesra dengan pelajar di sepanjang koridor di ruang legar sekolah.

 

Lawatan tersebut merupakan sebahagian daripada atur cara Lawatan Kerja baginda sempena Majlis Penyempurnaan Penganugerahan Penggeranan Tanah-tanah Lesen Tumpang Sementara di Bawah Skim Penggeranan Tanah Lesen Tumpang Sementara bagi Daerah Brunei dan Muara (DBM) dan Daerah Temburong dan Penganugerahan Anak-anak Kunci Rumah Teres dan Unit Pangsapuri serta Lot-lot Tanah di bawah Skim Perumahan Negara bagi DBM di bawah Skim Perumahan Negara bagi DBM.

 

Sekolah ini mula diguna pakai pada Januari 2020 yang mempunyai seramai 1,747 orang penuntut lelaki yang menjalani pengajian dari Tahun 5 hingga Tahun 11. Seramai 217 tenaga pengajar dan juga 23 kakitangan bertugas di sekolah tersebut.

 

Visi Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah melahirkan generasi yang berwawasan, berpendidikan dan berakhlak mulia. Sementara misi sekolah tersebut, memberikan pendidikan duniawi dan ukrawi yang berkualiti untuk mendukung kemajuan negara dan kesejahteran hidup dunia dan akhirat serta merealisasikan Wawasan Brunei 2035.

 

Dalam pada itu, kewujudan sekolah-sekolah Arab di negara ini adalah sangat signifikan yang berkait rapat dengan usaha kerajaan bagi melahirkan rakyat yang berpengetahuan tinggi, khususnya di bidang ugama dan seterusnya nanti akan berperanan bagi mengukuhkan penghayatan hidup beragama di negara ini.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07