FacebookInstagramTwitterContact

 

Hoffenheim Snap Leipzig's Winning Run With Last Minute Equaliser           >>           Japan Beat Uzbekistan To Become First Two-Time Champions Of AFC U-23 Asian Cup           >>           Ancelotti Faces GK Headache As Courtois To Return Vs. Cádiz           >>           Liverpool's Klopp Insists Salah Argument Resolved           >>           Lionel Messi Wins MLS Player Of The Month For First Time           >>           Have The Wheels Come Off For Tesla?           >>           Artwork Exhibition           >>           Help Local Entrepreneurs to Expand           >>           Radio DJ needs to be Creative and Proactive           >>           Al-Qur'an Learning has No Age Limit           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kegiatan ‘Live Band’ Diserbu Pihak Polis


 


 July 3rd, 2023  |  10:25 AM  |   96 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Berikutan maklumat yang dikongsikan orang ramai kepada pihak Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) berkenaan aduan bunyi bising iaitu kegiatan 'live band' di STKRJ Mata-Mata (Katok 'B'), Jalan Nenas Sanggul, Mukim Gadong 'B', Daerah Brunei dan Muara, satu gerakan operasi telah dikendalikan sekitar jam 2.11 pagi oleh para pegawai dan keanggotaan daripada Ibu Pejabat Daerah Polis Brunei Muara.

 

Operasi yang diketuai oleh Pemangku Penolong Pegawai Pemerintah Daerah Polis Brunei Muara (Operasi) beserta 28 pegawai dan anggota yang terdiri daripada para detektif dan keanggotaan Balai Polis Bandar Seri Begawan telah menjalankan pemeriksaan mengejut di dua buah rumah kediaman di STKRJ Mata-Mata (Katok 'B'), Jalan Nenas Sanggul, Mukim Gadong 'B', Daerah Brunei dan Muara kerana mengendalikan persembahan kumpulan 'live band'.

 

Hasil daripada serbuan ini Daerah Polis Brunei dan Muara melalui Balai Polis Bandar Seri Begawan telah merampas peralatan-peralatan muzik dan turut dijumpa dua botol minuman keras serta bekas-bekas tin minuman keras dibuang di persekitaran tempat kejadian.

 

Pemilik rumah akan disiasat di bawah kesalahan melanggar Seksyen 18 (1), Akta Lesen Hiburan Awam Penggal 181 dan jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi BND10,000. Pelanggaran akta ini bagi kali yang kedua atau yang seterusnya, boleh didenda dua kali ganda dan dipenjara bagi tempoh tidak melebihi dua tahun.

 

Kesemua barang tegahan yang dirampas akan diserahkan kepada Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) bagi siasatan dan tindakan lanjut.

 

Operasi sepertinya akan kerap dijalankan bagi memberikan kesedaran kepada masyarakat awam mengenai undang-undang demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan penduduk di Daerah Brunei dan Muara khasnya dan di Negara Brunei Darussalam secara amnya.

 

Di samping itu, PPDB ingin menasihatkan kepada orang ramai agar sentiasa berwaspada dan memberikan kerjasama yang padu dalam perkongsian maklumat bagi mengelakkan sebarang kejadian-kejadian yang tidak diingini berleluasa tanpa sebarang pembendungan dan tindakan sewajarnya.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07