Home > Bahasa Melayu
Bina Ukhuwah, Pupuk Nilai Perpaduan
July 3rd, 2023 | 10:33 AM | 70 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Lebih dari 50 buah keluarga dari keempat-empat daerah di seluruh negara menerima sumbangan daging korban sempena Majlis Ibadah Qurban Sunat Hari Raya Aidiladha anjuran Majlis Belia Brunei (MBB).
Majlis Ibadah Qurban itu dilancarkan oleh Yang Di-Pertua Majlis Belia Brunei, Dayang Khairunnisa binti Awang Haji Ash'ari.
Sejumlah 315 kilogram (kg) daging dari seekor sapi telah disampaikan kepada para peserta di Dewan Serbaguna Perkampungan Sukan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah dan sebahagian daripada daging-daging korban tersebut diagihkan melalui penghantaran oleh sukarelawan belia kepada keluarga asnaf.
Antara objektif sambutan adalah untuk membina ukhuwah dan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan umat Islam di Negara Brunei Darussalam serta memupuk nilai-nilai kerjasama dan perpaduan dalam kalangan masyarakat.
Selain itu juga, tujuan acara tersebut diadakan adalah sebagai sambutan Hari Raya Aidiladha di samping memanjangkan amalan sedekah.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]