FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pameran Kerjaya UBD, 12 Hingga 14 Julai


 


 July 3rd, 2023  |  10:36 AM  |   58 views

TUNGKU LINK

 

Universiti Brunei Darussalam (UBD), melalui Pusat Rangkaian, Pekerjaan dan Latihan UBD (UBD Centre of Networking, Employment and Training-UBD CoNect) yang disokong oleh Pejabat Perhubungan dan Kemajuan Alumni (OARA) akan menganjurkan Pameran Kerjaya tahunan yang akan berlangsung pada Khamis, 12 Julai 2023 hingga Jumaat, 14 Julai 2023, dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

 

Manakala ditutup pada Jumaat pada jam 12.00 tengah hari hingga 2.00 petang.

 

Pameran Kerjaya UBD menyediakan platform untuk kumpulan sasaran yang terdiri daripada pelajar UBD, alumni dan orang ramai untuk terlibat dengan bakal majikan mereka.

 

Selaras dengan tema 'Find your niche', Pameran Kerjaya UBD akan menampilkan majikan daripada pelbagai industri daripada institusi pendidikan, makanan dan minuman, komunikasi, kesihatan dan beberapa agensi kerajaan.

 

Ini adalah untuk mengukuhkan kerjasama antara UBD dan rakan industrinya dalam meningkatkan kebolehpasaran pelajar dan graduannya sambil merapatkan jurang jangkaan industri dengan graduan sedia masa hadapan.

 

Aktiviti termasuk temu duga secara terbuka, 'walk-in CV review' dan sesi bersemuka dengan panduan kerjaya UBD.

 

Pada tahun ini, dua aktiviti pra acara akan dibuka kepada orang ramai, iaitu Forum Kerjaya dan Ceramah Kerjaya satu hari setengah yang menampilkan pakar industri yang akan diadakan pada 3, 5 dan 6 Julai 2023.

 

Aktiviti-aktiviti berkenaan akan memberi peluang kepada pelajar, alumni dan pencari kerja untuk memperoleh pengetahuan tentang membangunkan kemahiran yang diperlukan oleh kerjaya masa kini.

 

Ini termasuk persediaan untuk pekerjaan pertama, kemahiran insaniah, menulis surat serta kemahiran temu duga, komunikasi dan pembentangan.

 

'Walk-in' dialu-alukan manakala pra pendaftaran amat digalakkan melalui laman sesawang 'https://bio.link/ubdconect'.

 

Pendaftaran pelawat pada pameran kerjaya juga boleh dilakukan pada acara berkenaan tetapi pra pendaftaran secara dalam talian amat digalakkan di laman sesawang 'https://bit.ly/cfvisitor2023'.

 

Turut diadakan Kempen Derma Darah dengan kerjasama Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) dan Pusat Perubatan Jerudong Park (JPMC).

 

Bagi mereka yang ingin menderma adalah sangat digalakkan untuk menempah slot secara dalam talian.

 

Slot boleh ditempah melalui aplikasi mudah alih Bloodkad dengan memilih nama acara yang ditetapkan dan slot pilihan. 'Walk-in' adalah dialu-alukan.

 

Pihak yang berminat boleh mengetahui lebih lanjut tentang kemas kini acara terkini mereka dengan mengikuti Instagram di 'ubd.conect'.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07