Home > Bahasa Melayu
Bersama Membantu Meningkatkan Bekalan Darah
July 3rd, 2023 | 11:15 AM | 74 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Pusat Pendermaan Darah di Jabatan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan, akan mengadakan kempen-kempen derma darah di beberapa tempat di negara ini.
Pada Isnin, 3 Julai 2023, Kempen Derma Darah akan diadakan di Lanes Grand Ballroom, Tingkat 10, Lanes Hotel anjuran The Lanes Hotel Tutong dari pukul 10.00 pagi hingga 2.00 petang.
Sementara itu, Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Sengkurong pula akan mengadakan kempen serupa pada Rabu, 5 Julai 2023 bermula pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
Manakala Khamis, 6 Julai 2023, Jabatan Perkhidmatan Awam akan mengadakan Kempen Derma Darah bertempat di Ruang Lobi jabatan berkenaan, di Jalan Kumbang Pasang bermula pukul 9.00 hingga 11.00 pagi dan 1.30 hingga 3.00 petang.
Orang ramai adalah diseru untuk menyertai kempen-kempen tersebut dan sekali gus menderma darah bagi sama-sama membantu mengekalkan bekalan stok darah di negara ini.
Tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad bagi kempen derma darah tersebut adalah sangat digalakkan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]