Home > Bahasa Melayu
MRSB Korbankan 6 Ekor Kerbau
July 3rd, 2023 | 11:17 AM | 48 views
SUNGAI AKAR
Ibadah korban melahirkan tanda kesyukuran kepada Allah Subhanahu Wata'ala terhadap nikmat rezeki yang telah dikurniakan.
Bersempena menyambut Hari Raya Aidiladha tahun ini, Masjid Rashidah Sa'adatul Bolkiah (MRSB), Kampung Sungai Akar juga tidak ketinggalan mengendalikan Majlis Ibadah Korban berlangsung di ruang legar masjid berkenaan hari ini.
Majlis keagamaan berkenaan antara lain merupakan salah satu aktiviti MRSB yang diadakan pada setiap tahun sebagai tanda bersyukur atas segala nikmat kurnia Allah Subhanahu Wata'ala, di samping betujuan untuk memupuk nilai persaudaraan dan mengeratkan silaturahim di antara semua anak Kampung Sungai Akar dan persekitarannya.
Hadir menyempurnakan pengagihan daging-daging ibadah korban tersebut ialah Ketua Kampung Sungai Akar, Awang Haji Zailani bin Haji Malik dan Penasihat MRSB, Pengiran Dato Haji Azmansham bin Pengiran Haji Mohammad.
Sebanyak enam ekor kerbau telah dikorbankan dan kemudiannya diagihkan kepada seramai 60 asnaf fakir miskin serta 42 bahagian kepada peserta ibadah korban.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]