Home > Bahasa Melayu
Berbagi Rezeki Dengan Majlis Ibadah Korban
July 3rd, 2023 | 11:21 AM | 74 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Sempena Hari Raya Aidiladha 1444H, Ahli Jawatankuasa Pemimpin Sekolah-sekolah Ugama dan Guru-guru Kawasan Brunei I mengadakan Majlis Ibadah Korban yang berlangsung di Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna, Kilometer 2, Jalan Tutong, Bandar Seri Begawan.
Hadir selaku tetamu khas majlis Pegawai Pengajian Islam Daerah bagi Kawasan Brunei I, Dayang Hajah Siti Halimatul Saadiah binti Haji Wahsalfelah.
Sebanyak dua ekor kerbau dikorbankan untuk diagihkan kepada anak-anak yatim terdiri daripada murid-murid sekolah-sekolah ugama dari Kawasan Brunei I, peserta yang menyertai ibadah korban dan para jemputan yang hadir.
Acara dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah diketuai oleh Awang Mohd. Noordin bin Saidin diikuti dengan bacaan takbir oleh Awang Haji Mohammad Khairuddin bin Haji Meraji.
Seterusnya Bacaan Tahlil dan Doa Selamat, masing-masing dibacakan oleh Awang Radzuan bin Haji Otman dan Awang Md. Noordin bin Saidin, dan majlis diakhiri dengan sesi bergambar ramai.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]