Home > Bahasa Melayu
55 Ahli PSIP Selesai Bengkel Kerja Berpasukan
July 3rd, 2023 | 11:23 AM | 96 views
BERAKAS
Kementerian Pendidikan melalui Bahagian Beruniform dan Perkhidmatan, Jabatan Pendidikan Kokurikulum telah mengadakan Bengkel Kerja Berpasukan, Pasukan Sukarelawan Institusi Pendidikan (PSIP) bertempat di Dewan Serbaguna Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat (L3), Kementerian Pendidikan.
Sehubungan itu, seramai 55 pelajar yang terdiri daripada ahli-ahli PSIP daripada 10 buah sekolah menengah kerajaan dan Pusat Tingkatan Enam yang menyertai bengkel berkenaan diraikan pada Majlis Penutup bengkel petang tadi.
Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan hadiah-hadiah serta sijil kepada para peserta bengkel ialah Pemangku Pengarah, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan, Awang Julaihi bin Mohamad / Mohamat.
Turut hadir, Pemangku Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Dayang Hajah Rosediana binti Haji Hidop.
Antara tujuan bengkel tersebut diadakan adalah untuk memupuk semangat kerjasama yang kukuh dan berkomunikasi dengan baik secara berpasukan, di samping dapat menerapkan semangat sukarelawan dan mewujudkan peluang berinteraksi untuk mengatasi cabaran yang dihadapi dengan membuat keputusan secara berpasukan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]