FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Boeing's 1st Starliner Astronaut Launch On May 6 Live Online           >>           Jack Dorsey Says (On X) That He’s Not On The Bluesky Board Anymore           >>           Al Jazeera Office Raided As Israel Takes Channel Off Air           >>           Bushmills: Man Nailed To Fence In 'Sinister Attack'           >>           US Campus Protests: 'Student Arrests Will Be My Final College Memory'           >>           Is Zimbabwe Zigzagging Into Further Currency Chaos?           >>           Improve Standard of Living           >>           Brunei International Wushu Championship           >>           Educational Intervention Programme Briefing           >>           Conversion Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Memperkasa Bakal Pemimpin Dalam Memacu Perubahan Positif


 


 July 4th, 2023  |  09:34 AM  |   128 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Program Shell LiveWIRE Brunei : Leadership Camp diadakan baru-baru ini dari 30 Jun hingga 2 Julai 2023, di Trandie Marina Resort, Temburong.

 

Seramai 16 pelajar terdiri dari Universiti Brunei Darussalam (UBD), Universiti Teknologi Brunei (UTB); Politeknik Brunei (PB); Kampus Agroteknologi  Institut Pendidikan Teknikal Brunei  (IBTE); dan 10 pegawai dari Pusat Al-Islah, Biro Kawalan Narkotik, Jabatan Perdana Menteri; Jabatan Penjara, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri; dan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah menghadiri kem berkenaan.

 

Program berkenaan difasilitasi oleh penyelia berpengalaman yang terdiri daripada kakitangan dan alumni Shell LiveWIRE Brunei, dan diketuai oleh Pengarah Program Shell LiveWIRE Brunei, Qawiem Yacob.

 

Leadership Camp berkenaan bertujuan untuk menghidupkan dan menyuntik semula tenaga dan semangat peserta sambil meningkatkan kemahiran kepimpinan mereka.

 

Selain itu, ia memberikan pengalaman yang menyeluruh melalui gabungan cabaran fizikal dan mental yang akan membantu membangunkan dan memupuk kualiti kepimpinan yang penting dalam diri para peserta.

 

Kem berkenaan menampilkan tujuh sesi khusus bagi menawarkan pengalaman pembelajaran yang pelbagai dan komprehensif.

 

Para peserta juga terlibat dalam kerja-kerja individu dan pembelajaran pengalaman, serta sesi perkongsian kumpulan dengan mereka meneroka sifat peribadi, berkongsi nilai peribadi, dan membuat pengisytiharan diri untuk mencapai aspirasi kepimpinan mereka.

 

"Kem itu membolehkan saya menguji kemahiran insaniah saya, serta mempelajari gaya komunikasi yang berkesan.

 

"Saya juga banyak belajar tentang kepimpinan semasa perkhemahan. Pengalaman ini telah membantu saya mengembangkan diri secara profesional dan peribadi," kata Atifuddin @ Amir Mamduh bin Momin, salah peserta Leadership Camp.

 

Kejayaan menyempurnakan Leadership Camp menandakan komitmen Shell LiveWIRE Brunei dan rakan kongsinya untuk memperkasa dan melengkapkan bakal pemimpin dengan kemahiran dan kualiti yang diperlukan untuk memacu perubahan positif.

 

Dedikasi dan semangat para peserta sepanjang perkhemahan menunjukkan potensi mereka untuk menjadi pemimpin masyarakat yang berpengaruh.

 

Program berkenaan diakhiri dengan penyampaian sijil kepada para peserta dan penyelia.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07