FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Boeing's 1st Starliner Astronaut Launch On May 6 Live Online           >>           Jack Dorsey Says (On X) That He’s Not On The Bluesky Board Anymore           >>           Al Jazeera Office Raided As Israel Takes Channel Off Air           >>           Bushmills: Man Nailed To Fence In 'Sinister Attack'           >>           US Campus Protests: 'Student Arrests Will Be My Final College Memory'           >>           Is Zimbabwe Zigzagging Into Further Currency Chaos?           >>           Improve Standard of Living           >>           Brunei International Wushu Championship           >>           Educational Intervention Programme Briefing           >>           Conversion Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Terus Menyediakan Latihan Tingkatkan Perniagaan Tempatan


 


 July 4th, 2023  |  09:37 AM  |   174 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Sebanyak 28 perniagaan tempatan baru-baru ini menyelesaikan program bimbingan intensif selama enam bulan di bawah fasa kedua Rangkaian Mentorship Untuk Usahawan ASEAN (ASEAN Mentorship for Entrepreneurs Network-AMEN).

 

Dilaksanakan oleh Darussalam Enterprise (DARe) dan Shell LiveWIRE Brunei (LiveWIRE Brunei), AMEN merupakan program latihan berasaskan modul untuk Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (ASEAN MSME), yang dimulakan sebagai projek warisan dan inisiatif awam-swasta oleh Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN Business Advisory Council-ASEAN BAC) Filipina semasa negara berkenaan menjadi Pengerusi ASEAN pada 2017.

 

Fasa pertama pelaksanaan AMEN pada 2019 meliputi Filipina, Malaysia dan Indonesia, dengan fasa kedua kini meliputi pelancaran program berkenaan ke negara anggota yang lain termasuk Negara Brunei Darussalam (NBD).

 

Sebagai menandakan tamatnya program di NBD, para peserta diraikan pada satu majlis yang diadakan pada 21 Jun 2023 di Bangunan Reka Bentuk dan Teknologi, Anggerek Desa, dengan kehadiran Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (Brunei Economic Development Board-BEDB) dan DARe, Daniel Leong; dan Pengarah Program  Shell LiveWIRE Brunei, Abdul Qawiem bin Haji Yacob yang juga turut menyampaikan sijil kepada para peserta.

 

Sebanyak 28 perniagaan mengambil bahagian, dengan diwakili oleh 33 'mentees', dan menjalani sebanyak 10 modul pembelajaran perniagaan mulai Januari tahun ini, yang dibimbing oleh sekumpulan mentor terdiri daripada pemilik perniagaan, profesional dan ahli akademik.

 

Para peserta juga menerima sesi bimbingan individu untuk menghasilkan rancangan penambahbaikan perniagaan mereka sendiri yang direka untuk meningkatkan prestasi syarikat masing-masing; pelan yang meliputi bidang yang berbeza termasuk peluang pasaran, kelebihan daya saing, keupayaan pengurusan, pemahaman kewangan, inovasi dan perniagaan.

 

Pengarah Pembangunan Perusahaan DARe, Dayang Norlela Suhailee, yang juga wakil NBD kepada ACCMSME, menggalakkan para peserta untuk meneruskan perjalanan bimbingan mereka dengan Rangkaian Mentors Brunei Untuk Usahawan (Brunei Mentors for Entrepreneurs Network BMEN) DARe, yang secara aktif menganjurkan penglibatan MSME untuk berhubung dengan lebih 80 mentor.

 

Acara  berkenaan turut dihadiri oleh mentor, jurulatih, dan pihak berkepentingan lain yang membantu pelaksanaan AMEN, termasuk Perunding Kebangsaan Brunei AMEN, Dr. Sophiana Chua; dan ahli ASEAN BAC untuk Brunei, Awang Sabirin Othman.

 

AMEN disokong oleh Jawatankuasa Penyelaras ASEAN mengenai MSME (ACCMSME) dan dibiayai oleh Kerajaan Jepun melalui Dana Integrasi Jepun-ASEAN dengan objektif untuk memperkasakan ASEAN MSME dengan menyediakan latihan yang akan membantu mereka meningkatkan dan mengekalkan operasi mereka, menyediakan peluang pekerjaan, dan memacu kemajuan ekonomi.

 

DARe menjemput penyertaan calon mentor dan 'mentees' untuk terus membina ekosistem mentor di NBD melalui BMEN.

 

Para perniagaan yang berminat untuk berhubung atau mengetahui lebih lanjut tentang BMEN boleh melayari 'www.bruneimentors.com'.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07