FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Boeing's 1st Starliner Astronaut Launch On May 6 Live Online           >>           Jack Dorsey Says (On X) That He’s Not On The Bluesky Board Anymore           >>           Al Jazeera Office Raided As Israel Takes Channel Off Air           >>           Bushmills: Man Nailed To Fence In 'Sinister Attack'           >>           US Campus Protests: 'Student Arrests Will Be My Final College Memory'           >>           Is Zimbabwe Zigzagging Into Further Currency Chaos?           >>           Improve Standard of Living           >>           Brunei International Wushu Championship           >>           Educational Intervention Programme Briefing           >>           Conversion Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


BEDB Komited Pertingkatkan Hubungan Perdagangan Serantau


 


 July 4th, 2023  |  09:40 AM  |   213 views

SYDNEY

 

Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEDB) baru-baru ini mengadakan Mesyuarat Meja Bulat berkaitan pelaburan dan peluang perniagaan yang diadakan di Hotel Sofitel Darling Harbour, Sydney.

 

Perbincangan tersebut mengumpulkan wakil dari pelbagai syarikat dan sektor, termasuk tenaga boleh diperbaharui, teknologi, transformasi perniagaan dan infrastruktur perindustrian, di mana mereka diberikan gambaran keseluruhan landskap perniagaan di Negara Brunei Darussalam (NBD), sektor keutamaan yang dikenal pasti di bawah Pelan Tindakan Ekonomi Brunei, dan perkhidmatan kemudahan pelaburan yang ditawarkan oleh BEDB untuk menyokong bakal pelabur.

 

Seminar dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif BEDB, Daniel Leong, diikuti dengan ucapan oleh Pesuruhjaya Tinggi NBD ke Australia, Tuan Yang Terutama Garry Ibrahim.

 

Satu pembentangan mengenai peluang perniagaan di NBD disampaikan oleh Pusat Tindakan dan Sokongan FDI (FAST).

 

Pembentangan itu juga menyentuh usaha NBD, untuk membangunkan sektor hiliran minyak dan gas, makanan, maritim dan logistik, dan mempamerkan hubungan dan perhubungan yang muncul antara rantau BIMP-EAGA dan Asia Utara.

 

Satu pembentangan turut disampaikan oleh Syarikat Pelabuhan Muara berkaitan dengan perkhidmatan, kemudahan dan rancangan pembesarannya, serta peranannya dalam memudahkan pergerakan barangan.

 

Mesyuarat Meja Bulat yang dihoskan oleh BEDB diadakan sehari selepas penyertaan agensi itu di Forum Perniagaan Australia - ASEAN di Pusat Konvensyen Sydney, acara yang bertujuan untuk meningkatkan hubungan ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua rantau.

 

BEDB ialah sebuah badan berkanun yang ditugaskan untuk mengembangkan dan mempelbagaikan ekonomi NBD melalui penggalakan dan pemudah cara pelaburan langsung asing dan inisiatif strategik untuk menyokong perniagaan tempatan di Brunei, selain turut komited untuk menyediakan sokongan dan bimbingan yang diperlukan kepada pelabur yang berminat untuk meneroka peluang perniagaan di NBD.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07