FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Boeing's 1st Starliner Astronaut Launch On May 6 Live Online           >>           Jack Dorsey Says (On X) That He’s Not On The Bluesky Board Anymore           >>           Al Jazeera Office Raided As Israel Takes Channel Off Air           >>           Bushmills: Man Nailed To Fence In 'Sinister Attack'           >>           US Campus Protests: 'Student Arrests Will Be My Final College Memory'           >>           Is Zimbabwe Zigzagging Into Further Currency Chaos?           >>           Improve Standard of Living           >>           Brunei International Wushu Championship           >>           Educational Intervention Programme Briefing           >>           Conversion Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


2 Pelajar Terima Biasiswa The Chancellor‘S Scholar


 


 July 4th, 2023  |  09:47 AM  |   152 views

TUNGKU LINK

 

Biasiswa The Chancellor's Scholar adalah biasiswa berprestij yang telah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam titah baginda pada majlis acara kemuncak sempena Sambutan Penubuhan Universiti Brunei Darussalam (UBD) Ke-25 Tahun pada 15 Oktober 2011.

 

Biasiswa berkenaan diperkenalkan bagi meningkatkan kapasiti anak tempatan yang cemerlang dan berkaliber tinggi untuk berkhidmat di UBD sebagai ahli akademik, pemimpin, pengurus dan perancang.

 

Ke arah itu, UBD menganugerahkan Biasiswa The Chancellor's Scholar kepada dua pelajar bagi sesi akademik 2023/2024.

 

Majlis penandatanganan kontrak perjanjian Biasiswa The Chancellor's Scholar bagi sesi akademik 2023/2024 diadakan petang tadi di Bilik Persidangan, Bangunan Pentadbiran, UBD, di sini

 

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyaksikan penandatanganan tersebut ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah binti Haji Md. Salleh. Turut hadir ialah Naib Canselor UBD dan Pengurusan Kanan Universiti, Dr. Hazri bin Haji Kifle.

 

Penandatanganan dimulakan oleh penerima pertama iaitu Dayangku Amirah binti Pengiran Aliuddin. Beliau akan meneruskan pengajiannya di peringkat Doktor Falsafah dalam Organic Chemistry di University of Oxford, United Kingdom.

 

Beliau telah tamat pengajian dengan kepujian kelas pertama dalam Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dengan pengkhususan dalam kejuruteraan am dari UBD.

 

Antara pencapaiannya adalah menerima anugerah buku untuk prestasi akademik cemerlang dalam kejuruteraan am dengan penumpuan dalam sistem tenaga dan telah mewakili UBD dalam Pertandingan Sains Data ASEAN, di mana beliau menggunakan kepakarannya dalam analisis data.

 

Pasukannya telah memenangi pingat emas dalam pusingan kebangsaan dan mencapai kedudukan tiga teratas dalam pusingan serantau.

 

Selepas itu diikuti dengan penerima kedua iaitu Awang Ahmad Zakwan bin Haji Mohd Salleh. Beliau telah mencapai kelas pertama dalam BSC Mathematics dari Imperial College London dan akan melanjutkan pengajiannya di tempat yang sama dalam Master in Financial Technology.

 

Beliau merupakan Presiden Brunei Religious Offices Student Association pada tahun 2020 di UK. Dalam masa yang sama, beliau merupakan Setiausaha Agama Lelaki Kesatuan Brunei yang menganjurkan pelbagai projek untuk membantu para pelajar Brunei di UK dan Ireland.

 

Beliau juga komandan kem untuk Kem Ibadah 13 pada tahun 2021, dan Awang Ahmad Zakwan turut bekerjasama dengan pasukannya semasa menjadi Presiden Jawatankuasa Pelajar Brunei Hall pada tahun 2020 hingga 2022.

 

Sejurus penandatanganan, tetamu kehormat kemudiannya menyampaikan penganugerahan sijil Biasiswa The Chancellor's Scholar kepada kedua-dua penerima yang diakhiri dengan sesi bergambar ramai bersama para ibu bapa penerima.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07