FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Boeing's 1st Starliner Astronaut Launch On May 6 Live Online           >>           Jack Dorsey Says (On X) That He’s Not On The Bluesky Board Anymore           >>           Al Jazeera Office Raided As Israel Takes Channel Off Air           >>           Bushmills: Man Nailed To Fence In 'Sinister Attack'           >>           US Campus Protests: 'Student Arrests Will Be My Final College Memory'           >>           Is Zimbabwe Zigzagging Into Further Currency Chaos?           >>           Improve Standard of Living           >>           Brunei International Wushu Championship           >>           Educational Intervention Programme Briefing           >>           Conversion Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Dynamik Technologies, UBD Mendukung Pembangunan Profesional


 


 July 4th, 2023  |  09:49 AM  |   147 views

TUNGKU LINK

 

Dynamik Technologies dan Universiti Brunei Darussalam (UBD) pagi tadi mengadakan Majlis Penandatanganan Memorandum Persefahaman (Memorandum of Understanding - MoU), dan diteruskan dengan Penandatanganan Kontrak Program Headstart bagi kumpulan kedua mahasiswa UBD, pada majlis yang berlangsung di Business Library, UBD, di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya menyaksikan penandatanganan MoU tersebut ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah binti Haji Md. Salleh, juga selaku Pengerusi Majlis UBD.

 

Turut hadir, Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi, Yang Mulia Pengiran Datin Seri Paduka Hajah Zety Sufina binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani, selaku Pengerusi Dynamik Technologies; Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan, Dr. Haji Azman bin Ahmad; Naib Canselor UBD, Dr. Hazri bin Haji Kifle; dan Ketua Pegawai Eksekutif Dynamik Technologies, Dayang Haslina binti Haji Mohd Taib.

 

Pada majlis tersebut, menandatangani MoU bagi pihak Dynamik Technologies ialah Ketua Pegawai Eksekutif Dynamik Technologies; dan Ketua Perkhidmatan Korporat, Dayang Siti Rozana binti Dato Paduka Haji Mohd Yunos, manakala, bagi pihak MoU pula diwakili oleh Naib Canselor UBD, dan Penolong Naib Canselor (Inovasi dan Perusahaan) UBD, Profesor Dr. Mohd Ayub Sadiq.

 

Majlis juga diteruskan dengan Penandatanganan Kontrak Program Headstart bagi kumpulan kedua mahasiswa UBD iaitu Awang Abdul Haziq Iman bin Haji A. Mirasin dan Awang Abdul Qaiyum bin Haji Muhammad, yang akan dilatih dan diiktiraf dalam industri bidang Pentadbiran Rangkaian dan Pentadbiran Pangkalan Data masing-masing.

 

Terdahulu itu, Dekan Pusat Pengajian Sains Digital UBD, Profesor Dr. Liyanage Chandratilak De Silva dalam ucapan alu-aluannya antara lain berkata, program tersebut disediakan bagi pelajar Tahun Dua Sarjana Muda Sains Digital, yang boleh memperoleh sehingga 16 Kredit Modular dengan melengkapkan pelbagai kursus di bawah Program Headstart.

 

Selain itu jelasnya, mereka menjalani latihan praktikal, meraih pengalaman semasa bekerja, dan gaji bulanan semasa mendaftar dalam program ini dan mengikuti Sarjana Muda Sains Digital.

 

Tambahnya lagi, selain daripada kerjasama bersama dengan Dynamik Technologies, Pusat Pengajian Sains Digital di UBD juga sedang giat mengambil bahagian dalam program pengayaan lain dengan kerjasama industri dan fakulti lain seperti Sarjana Muda Sains Digital dalam Kepintaran Buatan Gunaan dengan kerjasama Coursera dan Sarjana kesihatan Awam Digital dengan kerjasama Institut Sains Kesihatan Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa'adatul Bolkiah (HIS PAPRSB), UBD.

 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Dynamik Technologies dalam ucapannya pula antara lain menegaskan, adalah penting untuk mengikuti perubahan yang didorong oleh teknologi revolusi industri ke-4, di mana kedua-dua pendidikan dan pembangunan profesional memainkan peranan penting dalam mengisi kekurangan kemahiran dalam teknologi maklumat.

 

Program Headstart katanya, bertujuan untuk mempercepatkan para mahasiswa agar mereka bersedia dalam industri selepas tamat pengajian.

 

Beliau seterusnya mengongsikan bahawa kumpulan pertama Program Headstart dari UBD telah mencapai Pakar Pembangunan Bertauliah (SAP) dalam Pengaturcaraan Aplikasi Perniagaan Lanjutan (Advanced Business Application Programming - ABAP), yang melayakkan mereka untuk menjadi sebahagian daripada tenaga kerja antarabangsa profesional yang diperakui SAP.

 

Beliau turut berbangga kerana mereka dapat mengimbangi kerja dan pengajian mereka untuk mencapai pensijilan mereka, dan mengharapkan sumbangan berterusan mereka kepada Dynamik Technologies dan negara.

 

MoU itu menyatakan hasrat UBD dan Dynamik Technologies untuk mewujudkan rangka kerja kerjasama dan perkongsian dalam memanfaatkan kekuatan satu sama lain untuk memajukan usaha akademik, penyelidikan dan teknologi, sambil memupuk inovasi, pembangunan dan pertumbuhan bersama yang mungkin melibatkan latihan kakitangan dan latihan amali pelajar dan tanggungjawab sosial korporat bersama (CSR).

 

Di samping itu, MoU itu juga bertujuan untuk menggalakkan pemindahan teknologi dan inovasi antara UBD dan Dynamik Technologies dengan menawarkan platform untuk pertukaran idea, kepakaran, dan kemajuan teknologi untuk memupuk pembangunan dan pengkomersialan penyelesaian dan produk inovatif.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07