FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Boeing's 1st Starliner Astronaut Launch On May 6 Live Online           >>           Jack Dorsey Says (On X) That He’s Not On The Bluesky Board Anymore           >>           Al Jazeera Office Raided As Israel Takes Channel Off Air           >>           Bushmills: Man Nailed To Fence In 'Sinister Attack'           >>           US Campus Protests: 'Student Arrests Will Be My Final College Memory'           >>           Is Zimbabwe Zigzagging Into Further Currency Chaos?           >>           Improve Standard of Living           >>           Brunei International Wushu Championship           >>           Educational Intervention Programme Briefing           >>           Conversion Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Aplikasi Olive Memacu Perbankan Digital


 


 July 4th, 2023  |  09:51 AM  |   229 views

BERIBI

 

Bank Islam Brunei Darussalam Group (BIBD Group), bermula dari BIBD At-Tamwil Berhad, menjadi institusi kewangan perintis di Brunei untuk memperkenalkan platform perbankan digital tercanggihnya iaitu 'Olive'.

 

Aplikasi mudah alih tersebut dilancarkan secara rasmi pagi tadi di hadapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah, selaku Pengerusi BIBD Group.

 

Dengan pelancaran aplikasi mudah alih Olive, BIBD At-Tamwil Berhad adalah institusi kewangan pertama di Brunei yang menggunakan teknologi 'onboarding' pelanggan tanpa bersemuka eKYC (eKYC non-face-to-face) yang mana para pelanggan merasai pengalaman membuka akaun, memohon pembiayaan atau berurus niaga secara digital tanpa perlu hadir secara fizikal ke kaunter.

 

Aplikasi mudah alih Olive menggunakan teknologi terkini dan BIBD At-Tamwil Berhad merupakan institusi kewangan pertama di Brunei yang menawarkan tandatangan digital dan kontrak digital.

 

Nama 'Olive' dipilih dengan teliti untuk melambangkan ketenangan, kepercayaan dan kebolehpercayaan. Aplikasi ini merupakan satu peristiwa penting dalam perjalanan transformasi digital BIBD Group, meletakkan mereka sebagai pelopor dalam era revolusi perindustrian keempat dan mengukuhkan status mereka ke arah pemacu utama digital Bank 4.0.

 

Ini adalah komitmen BIBD Group untuk menyampaikan perkhidmatan perbankan digital yang inovatif dan cekap sejajar dengan pelan tindakan sektor kewangan Bank Negara Brunei Darussalam (BDCB) 2016-2025 dan Pelan Induk Ekonomi Digital dalam memacu ekonomi digital ke hadapan.

 

Aplikasi mudah alih Olive menetapkan standard baharu untuk pengalaman perbankan digital sebenar di Brunei sebagai institusi kewangan pertama yang mengguna pakai teknologi 'onboard' pelanggan tanpa bersemuka eKYC untuk memacu pengalaman untuk para pelanggan tanpa bersusah payah dengan secara terus. Para pelanggan kini boleh membuka akaun simpanan, deposit bertempoh dan memohon pembiayaan secara digital dengan selamat.

 

Dalam ucapannya, Yang Berhormat Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II berkata, pelancaran Olive merupakan satu peristiwa penting dalam usaha BIBD Group untuk mendigitalkan sepenuhnya perkhidmatan kewangan. Pelancaran Olive adalah satu langkah ke hadapan yang sangat penting ke arah pecutan transformasi digital Brunei.

 

Yang Berhormat seterusnya menambah bahawa BIBD Group komited untuk mengubah sepenuhnya model perniagaannya menjadi bank yang mengutamakan digital, bermula 2025 dan berkata menjelang akhir dekad ini, BIBD Group menyasarkan untuk mempunyai sebahagian besar hubungan pelanggan termasuk pendaftaran baharu, kad, akaun simpanan, pembiayaan, sekuriti dan perkhidmatan kewangan lain, dijalankan secara digital dalam ekosistem aplikasi bersatu, dan tanpa memerlukan kehadiran secara fizikal, memberikan kemudahan kepada para pelanggan, keselamatan dan kebolehcapaian kepada perkhidmatan kewangan BIBD Group, menggalakkan keterangkuman, sambil memastikan BIBD Group kekal di barisan hadapan dalam industri perbankan yang berkembang pesat.

 

Versi terkini aplikasi mudah alih 'Olive' sudah mampu menawarkan kelulusan pembiayaan dan memproses permohonan pembiayaan dengan cepat dan tepat, memberikan maklum balas segera kepada pelanggan BIBD At-Tamwil tentang kelayakan mereka untuk pembiayaan. Proses yang diperkemas ini menjimatkan masa yang berharga untuk pelanggan dan meningkatkan keseluruhan pengalaman perbankan mereka.

 

Dalam keluaran akan datang, 'Olive' secara berperingkat akan dapat memberikan cadangan kontekstual dan perancangan kewangan kepada pelanggannya merentas pelbagai entiti dalam BIBD Group.

 

Ini bukan sahaja membantu pelanggan BIBD Group membuat keputusan kewangan yang lebih baik tetapi juga memupuk hubungan yang lebih mendalam dan melibatkan para pelanggan dengan kaedah yang lebih bermakna. Pelancaran aplikasi mudah alih 'Olive' merupakan langkah penting ke arah mencapai matlamat tersebut.

 

Pengenalan aplikasi mudah alih Olive menandakan satu kejayaan yang luar biasa bagi BIBD At-Tamwil Berhad dan BIBD Group secara keseluruhan. Ia menandakan dedikasi mereka untuk menyediakan pengalaman perbankan digital yang luar biasa, menggalakkan keterangkuman kewangan, dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi digital Negara Brunei Darussalam. Kumpulan BIBD kekal teguh dalam komitmennya terhadap inovasi, kecekapan, dan mengutamakan pelanggan kerana ia terus membentuk masa depan perbankan di negara ini.

 

Projek 'Olive' tidak akan dapat dilaksanakan tanpa usaha berterusan BDCB dalam mengemas kini dasar dan peraturannya, termasuk kemas kini terkini pada Notis Pengurusan Risiko Teknologi dan Garis Panduan mengenai Teknologi Maklumat dan Pengurusan Risiko Pihak Ketiga. Ini telah membantu meningkatkan BIBD Group kepada piawaian amalan terbaik antarabangsa.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07