FacebookInstagramTwitterContact

 

Boy Finds ‘Holy Grail’ Lego Octopus On Beach 26 Years After It Fell Into Sea           >>           Well, It's Always Nice To Check Out These Enchanted Secrets           >>           All The Celebrity Godparents You Didn't Know About           >>           Boeing's Starliner Spacecraft Will Not Fly Private Missions Yet, Officials Say           >>           Drake deletes AI-generated Tupac track after Shakur’s estate threatened to sue           >>           The FTC accuses Amazon of using Signal’s auto-deleting messages to erase evidence           >>           Some Apple users say they’ve been mysteriously locked out of their accounts           >>           Oil Tanker Damaged In Houthi Missile Strike           >>           Tourist Fined For Approaching Walrus In Norway           >>           Trump Hush-Money Trial: His Mood And The Unveiling Of DA's Case           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Terokai Kerjasama Pembelajaran Sepanjang Hayat


 


 July 5th, 2023  |  09:36 AM  |   32 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Delegasi dari Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat (Centre for Lifelong Learning-C3L) Universiti Brunei Darussalam (UBD) baru-baru ini mengadakan lawatan pendidikan ke Thailand untuk memupuk kerjasama dan meneroka inisiatif inovatif dalam bidang pembelajaran sepanjang hayat.

 

Rombongan berkenaan terdiri daripada Pengarah C3L, Profesor Madya Jose Hernandez Santos; Timbalan Pengarah C3L, Dr. Nik Ani Afiqah binti Haji Mohamad Tuah; dan Penolong Pendaftar C3L, Eni Suriati binti Haji Abd. Rahman.

 

Lawatan berkenaan termasuk penglibatan dengan institusi seperti Universiti Mahidol, Universiti Burapha, Syarikat Minyak Thai, dan Kolej Kejururawatan Puteri Agrarajakumari, Akademi Diraja Chulabhorn.

 

C3L ialah pusat terkemuka untuk pendidikan berterusan, pembangunan profesional dan inisiatif pembelajaran sepanjang hayat.

 

Ia menawarkan pelbagai program, kursus dan peluang latihan kepada individu, profesional dan organisasi, memperkasa pelajar sepanjang hayat dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk pertumbuhan peribadi dan profesional.

 

Lawatan berkenaan bermula di Fakulti Kesihatan Awam Universiti Mahidol dengan perbincangan mengenai penyelidikan, persidangan antarabangsa bersama dan aktiviti akademik yang berkaitan.

 

Pertukaran idea dan pengalaman berkenaan bertujuan untuk meningkatkan amalan pembelajaran sepanjang hayat dan mengukuhkan kerjasama antara institusi.

 

Delegasi C3L kemudiannya mengadakan lawatan ke Life-integrated Learning Center di kampus Salaya Universiti Mahidol, dan melibatkan diri dalam perbincangan mengenai inisiatif pembelajaran sepanjang hayat, potensi kerjasama dan penerokaan peluang bersama untuk pertumbuhan.

 

Delegasi juga melawat Hospital Antarabangsa Bumrungrad untuk mengetahui mengenai pengurusan kesihatan, keselamatan dan alam sekitar.

 

Ini memberi peluang untuk meneroka amalan kesihatan dan keselamatan pekerjaan, terutamanya dalam konteks klinik pekerja dan inisiatif berkaitan kesihatan.

 

Bagi memperluaskan lagi kerjasama mereka, delegasi melawat PTT Asahi Chemical Company Ltd. di Wilayah Rayong. Penglibatan berkenaan memberi pandangan tentang amalan pembelajaran sepanjang hayat industri, perkongsian pengetahuan dan peluang penyelidikan yang berpotensi memberi manfaat kepada kedua-dua buah institusi.

 

Sementara itu, lawatan ke Syarikat Minyak Thai di Sriracha, Chonburi, tertumpu kepada meneroka klinik kejururawatan kesihatan pekerjaan di tempat kerja.

 

Lawatan berkenaan menyerlahkan lagi amalan terbaik dalam menguruskan kesihatan dan keselamatan pekerja, memajukan komitmen UBD terhadap inisiatif kesihatan dan keselamatan pekerjaan.

 

Delegasi mengakhiri lawatan mereka ke Kolej Kejururawatan Puteri Agrarajakumari, dan Akademi Diraja Chulabhorn.

 

Perbincangan dengan pasukan pentadbiran, kolaborator dan ahli akademik berkisar kepada potensi kerjasama dan inisiatif bersama mengenai kemudahan dan sumber pembelajaran sepanjang hayat yang tersedia di institusi.

 

 

Lawatan pendidikan berkenaan mencerminkan komitmen C3L terhadap kerjasama antarabangsa dan kemajuan amalan pembelajaran sepanjang hayat.

 

Untuk maklumat lanjut dan latihan kursus pendek di C3L, sila layari 'https://ubd.edu.bn/c3l/'.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Cambodia Blast: 20 Soldiers Killed In Ammunition Explosion

 2024-04-28 00:52:46

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48