FacebookInstagramTwitterContact

 

4 Food Preservation Methods To Avoid Spoilage And 3 Alternatives To Refrigeration           >>           At Least A Dozen Water Suppliers In Iowa Are Still Providing Residents With Drinking Water Contaminated With “Forever Chemicals”           >>           Powdered Cheese: A Versatile, Shelf-Stable Food To Add To Your Survival Stockpile           >>           Emergency Water Pipe Repair Work Update           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Badudun Bersama Biskita' Roadshow           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           International Merchandise Trade Statistics, February 2024           >>           Handover of Financial Aid           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Gotong-Royong Eratkan Hubungan Silaturahim


 


 July 5th, 2023  |  09:39 AM  |   126 views

KAMPUNG SUNGAI BESAR

 

Bergotong-royong dan bermuafakat dalam menyelenggarakan majlis sudah menjadi kelaziman bagi orang Brunei, dan ia perlu terus dikekalkan terutama kepada generasi penerus ketika kepesatan era teknologi digital yang menyebabkan banyak perubahan dalam kehidupan semua orang.

 

"Namun, kita merasa bangga atas usaha yang berterusan masyarakat di kampung ini yang sentiasa berusaha mengukuhkan lagi hubungan dan mengekalkan suasana bermuafakat dalam mengungkayahkan majlis dengan bergotong royong," jelas Ketua Kampung Sungai Besar, Serdang dan Sungai Belukut, Leftenan Kolonel (B) Haji Awang Zaini bin Haji Awang Damit pada Majlis Penyampaian Daging-daging Ibadah Korban bagi Masjid Kampung Sungai Besar tahun 1444H/2023M, baru-baru ini.

 

Beliau yang juga selaku Setiausaha Ahli Jawatankuasa Takmir (AJKT) Masjid Kampung Sungai Besar berharap agar generasi muda yang akan menjadi golongan legasi masa depan akan sentiasa melibatkan diri dan berlumba-lumba menimba pengalaman dalam apa juga program-program atau aktiviti-aktiviti yang berteraskan gotong-royong dan kemasyarakatan.

 

Pada tahun ini, Masjid Kampung Sungai Besar mengendalikan ibadah korban dengan mengorbankan tiga ekor kerbau dan disertai oleh 21 peserta.

 

Penasihat AJKT Masjid Kampung Sungai Besar, Awang Haji Mohidin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman mengagihkan daging-daging korban kepada para peserta, ibu tunggal dan orang-orang yang kurang kemampuan.

 

Sementara itu, Ketua Kampung Sungai Besar, Serdang dan Sungai Belukut menyampaikan daging korban kepada penerima lelaki, manakala, Ketua Muslimah Masjid Kampung Sungai Besar, Dayang Hajah Siti Awal binti Awang Radin, menyampaikan kepada penerima perempuan.

 

Bagi memberkati majlis, Doa Selamat dan Doa Kesyukuran dibacakan oleh Imam Masjid Kampung Sungai Besar, Awang Haji Hanafiah bin Haji Mahmud.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Cambodia Blast: 20 Soldiers Killed In Ammunition Explosion

 2024-04-28 00:52:46

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48