FacebookInstagramTwitterContact

 

Boy Finds ‘Holy Grail’ Lego Octopus On Beach 26 Years After It Fell Into Sea           >>           Well, It's Always Nice To Check Out These Enchanted Secrets           >>           All The Celebrity Godparents You Didn't Know About           >>           Boeing's Starliner Spacecraft Will Not Fly Private Missions Yet, Officials Say           >>           Drake deletes AI-generated Tupac track after Shakur’s estate threatened to sue           >>           The FTC accuses Amazon of using Signal’s auto-deleting messages to erase evidence           >>           Some Apple users say they’ve been mysteriously locked out of their accounts           >>           Oil Tanker Damaged In Houthi Missile Strike           >>           Tourist Fined For Approaching Walrus In Norway           >>           Trump Hush-Money Trial: His Mood And The Unveiling Of DA's Case           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Deskripsi, Penulisan Sejarah Pelihara Persejarahan Brunei


 


 July 5th, 2023  |  09:41 AM  |   123 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Pusat Sejarah Brunei (PSB) melalui Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi dengan kerjasama Bahagian Penerbitan dan Pemasaran telah menganjurkan Bengkel Pendokumentasian Sumber Sejarah Lisan: Deskripsi dan Penulisan Sejarah berlangsung di Galeri Sejarah, PSB.

 

Bengkel disertai oleh seramai 45 peserta terdiri daripada pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan serta mahasiswa-mahasiswi dari institusi pengajian tinggi.

 

Dalam bengkel tersebut, para peserta diberikan taklimat mengenai kaedah asas deskripsi oleh Pegawai Sejarah, Dayang Farahaina binti Anchong, manakala taklimat mengenai kaedah asas penulisan sejarah disampaikan oleh Pengarang Kanan, Dayang Siti Nadhrah binti Norzelan dan Pengarang, Dayang Rabi' atul Adawiyah binti Haji Suhaili.

 

Melalui bengkel ini diharap akan dapat memperkenal dan membarigakan kaedah asas menghasilkan deskripsi dan penulisan sejarah selain mengongsikan kepentingan deskripsi dan penulisan sejarah sebagai pemudah cara bagi pengumpulan bahan, penyimpanan dan dijadikan sebagai sumber rujukan.

 

Bengkel juga dapat meningkatkan kefahaman dan kesedaran kepada para peserta tentang persejarahan Brunei agar terus dipelihara melalui deskripsi dan penulisan sejarah termasuk menggalakkan dan menarik minat generasi muda dan para belia untuk menghasilkan penulisan mengenai sejarah Brunei.

 

Melalui bengkel in juga para peserta berpeluang menghasilkan deskripsi dan penulisan sejarah dalam sesi praktikal.

 

Terdahulu, Pemangku Timbalan Pengetua, Pusat Sejarah Brunei, Mohammad Faisal bin Haji Mat Salleh dalam ucapannya antara lain berkata, salah satu dasar dan tujuan penubuhan PSB adalah mengumpul dan menyimpan bahan-bahan sejarah Brunei dan yang berkaitan dengannya untuk pengkajian, rujukan dan dibukukan.

 

Sejarah lisan jelasnya merupakan salah satu metodologi untuk mendapat dan mengumpulkan maklumat sejarah. Maklumat-maklumat yang dikumpulkan pula perlu disampaikan kepada masyarakat terutama generasi muda agar mereka tahu dan faham akan sejarah bangsa.

 

Oleh itu, tambahnya, salah satu cara terbaik untuk membarigakan maklumat in adalah dengan mendokumentasikannya melalui penulisan sejarah.

 

Bengkel Pendokumentasian Sumber Sejarah Lisan ujar beliau lagi, akan memfokuskan mengenai kaedah menghasilkan deskripsi dan penulisan sejarah.

 

“Sebelum melaksanakan penulisan sejarah, para penyelidik, pengkaji dan penulis sejarah perlu membuat transkripsi daripada sumber sejarah lisan tersebut. Seterusnya, kerja-kerja deskripsi dilaksanakan dengan membuat rumusan atau penerangan ringkas yang dihasilkan dengan berpandukan transkripsi.

 

“Rumusan atau penerangan ringkas dalam deskripsi inilah yang menjadi sumber penulisan mengikut struktur penulisan seperti hasil objektif penyelidikan yang tercapai, skop kajian/ruang lingkup kajian dan hasil perolehan penyelidikan," ujar beliau.

 

Mengakhiri ucapannya, beliau berharap perkongsian ilmu pada bengkel berkenaan, akan dapat menarik minat para pegawai, kakitangan serta belia untuk mempelajari dan mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang pendokumentasian sumber lisan persejarahan Brunei.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Cambodia Blast: 20 Soldiers Killed In Ammunition Explosion

 2024-04-28 00:52:46

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48