FacebookInstagramTwitterContact

 

Keep Your Heart Healthy By Eating More Arugula, Spinach, And Beets           >>           Study Shows How Bacteria Can Affect Your Mood           >>           Reddit is back online after a major outage forced everyone to touch grass           >>           Which Of The AFC U-23 Asian Cup's Final Four Are Favourites To Be Crowned Champions?           >>           Messi Keeps Scoring, Nets Brace In Miami Win Over New England           >>           Chelsea Draw At Aston Villa After Late Winner Denied By VAR           >>           Everton Overcome Brentford To Confirm Premier League Survival           >>           Barcelona Beat Emma Hayes' Chelsea To Reach UWCL Final           >>           US Doctor Describes Witnessing Starvation In Northern Gaza           >>           Situation On Frontline Has Worsened, Ukraine Army Chief Says           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


NDMC - NADMA : Bincang Potensi Adakan Latihan Sepadu


 


 July 5th, 2023  |  09:43 AM  |   97 views

BERAKAS

 

Mesyuarat Dua Hala Kali Ke-2 di antara Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Malaysia di bawah Memorandum Persefahaman antara Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan Malaysia dalam bidang pengurusan bencana berlangsung pagi tadi di NDMC, di sini.

 

Pada mesyuarat berkenaan, delegasi Negara Brunei Darussalam (NBD) diketuai oleh Pengarah NDMC, Kolonel (B) Muhd Harrith Rashidi bin Haji Muhd Jamin, manakala delegasi NADMA, Malaysia pula diketuai oleh Pengarah NADMA, Malaysia, Yang Berbahagia Datuk Khairul Shahril bin Idrus.

 

Pengarah NDMC, dalam ucapan alu-aluannya antara lain mengongsikan mengenai Mesyuarat Dua Hala Kali Pertama yang diadakan selama empat hari, iaitu mulai 4 hingga 7 Julai 2022 bertempat di Kuala Lumpur, Malaysia melalui jemputan rasmi daripada Yang Berbahagia Ketua Pengarah NADMA dengan tujuan untuk memperkukuh hubungan dua hala di antara kedua-dua buah negara.

 

Semasa Mesyuarat Dua Hala Kali Pertama berkenaan tambahnya, beberapa perkara dibincangkan bersama NADMA termasuk perkongsian mengenai peranan NADMA dan pengalaman bencana banjir pada Disember 2021, dan seterusnya mesyuarat bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengenai Pengurusan Pusat Pemindahan Sementara dan Pasukan Special Malaysia Disaster Assistance and Rescue Team (SMART) mengenai peranan dan cabaran International Search and Rescue Advisory Group (INSARAG) External Classification (IEC).

 

Menurutnya lagi, mesyuarat berkenaan juga diteruskan bersama United Nations Humanitarian Response Depot (UNHRD) di Subang dan Pusat Ramalan Banjir Negara (PRABN) serta Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).

 

Di akhir mesyuarat berkenaan juga katanya, kedua-dua belah pihak bersetuju untuk mengadakan mesyuarat lanjut yang dirancang untuk dilaksanakan pada tahun 2023 di NBD selaku tuan rumah.

 

Semasa Mesyuarat Dua Hala pada kali ini, kedua-dua belah pihak membincangkan mengenai potensi mengadakan latihan sepadu (Joint Exercise) antara Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) NBD dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, diikuti dengan sokongan melaksanakan Penilaian Awal (Scoping) Keupayaan National Urban Search and Rescue (USAR) bagi persiapan mendapatkan pengklasifikasian antarabangsa INSARAG External Classification (IEC) JBP NBD dan Latihan Pengurusan Bencana di CAE Brunei Multi-Purpose Training Centre (MPTC).

 

Turut hadir pada Mesyuarat Dua Hala Kali Ke-2 berkenaan ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke NBD, Tuan Yang Terutama Raja Dato' Reza bin Raja Zaib Shah; Pengarah JBP; dan General Manager CAE-Brunei MPTC serta para pegawai kanan dari Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED); Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK); dan NDMC.

 

NADMA, Malaysia yang diketuai oleh Ketua Pengarah NADMA, Yang Berbahagia Datuk Khairul Shahril bin Idrus berserta rombongan tiba di negara ini pada 3 Julai 2023.

 

Beberapa program rasmi dirancang semasa Mesyuarat Dua Hala Kali Ke-2 berkenaan dengan program utama ialah Mesyuarat Dua Hala NDMC bersama NADMA yang dihadiri bersama JBP; Canadian Aviation Electronics Brunei Multi-Purpose Training Centre (CAE Brunei MPTC); JIPK; dan JKED serta diikuti dengan lawatan ke Pusat Perintah Bencana NDMC, Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam (BDMD) dan ke Projek Mitigasi Banjir Kampung Menglait bersama pihak Jabatan Kerja Raya.

 

Semasa mengadakan lawatan ke BDMD, delegasi NADMA, Malaysia yang diketuai oleh Pengarah NADMA dialu-alukan oleh Pemangku Pengarah Kajicuaca Brunei Darussalam, Dayang Rokiah binti Haji Angas.

 

Dalam lawatan berkenaan, rombongan menerima penerangan daripada Pegawai Kajicuaca yang bertugas dan seterusnya meninjau BDMD di bangunan Jabatan Penerbangan Awam.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Is Myanmar's Army Reversing Its Losses? It's Complicated

 2024-04-29 00:56:35

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48