FacebookInstagramTwitterContact

 

4 Food Preservation Methods To Avoid Spoilage And 3 Alternatives To Refrigeration           >>           At Least A Dozen Water Suppliers In Iowa Are Still Providing Residents With Drinking Water Contaminated With “Forever Chemicals”           >>           Powdered Cheese: A Versatile, Shelf-Stable Food To Add To Your Survival Stockpile           >>           Emergency Water Pipe Repair Work Update           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Badudun Bersama Biskita' Roadshow           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           International Merchandise Trade Statistics, February 2024           >>           Handover of Financial Aid           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tingkat Kemahiran Pengekodan, Komputasional Melalui Peranti Pintar


 


 July 5th, 2023  |  09:45 AM  |   140 views

RIMBA

 

Sebanyak lapan buah sekolah kerajaan yang terdiri daripada empat buah sekolah rendah dan empat buah sekolah menengah dipilih untuk menyertai Projek Rintis 'Coding with Smart Devices for Government Schools'.

 

Sekolah-sekolah berkenaan terdiri daripada Sekolah Rendah Mabohai; Sekolah Rendah Rimba III; Sekolah Rendah Katok A; Sekolah Rendah Pengiran Anak Puteri Besar, Sungai Kebun; Sekolah Menengah Menglait; Sekolah Menengah Pengiran Isteri Hajjah Mariam, Serasa; Sekolah Menengah Tanjong Maya, Tutong; dan Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah.

 

Sehubungan itu, Majlis Penyerahan Alat Peranti Pintar Bagi Projek Rintis 'Coding With Smart Devices For Government Schools' diadakan pagi tadi di Bilik Muzakarah, Sekolah Rendah Rimba III, di sini.

 

Hadir selaku tetamu-tetamu kehormat pada majlis berkenaan, Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan, Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman; dan Ketua Eksekutif, Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-komunikasi Negara Brunei Darussalam (AITI), Ir. Haji Jailani bin Haji Buntar.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat, diikuti  dengan ucapan alu-aluan oleh Pemangku Penolong Ketua Eksekutif, AITI, Dayang Siti Zaraura binti Haji Mohammad.

 

Sejurus itu  diteruskan dengan penyerahan peralatan-peralatan peranti pintar yang disampaikan oleh Ketua Eksekutif AITI kepada Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan yang seterusnya menyampaikan peralatan berkenaan kepada para pemimpin sekolah-sekolah yang terlibat.

 

Majlis yang diadakan oleh Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Perkembangan Kurikulum dengan kerjasama AITI  itu diakhiri dengan demonstrasi aktiviti-aktiviti pembelajaran dan penggunaan alat peranti pintar, iaitu Bee-Bot; 6-in-1 Ring:bit Bricks pack; dan micro:Maqueen micro:bit Robot di dalam bilik darjah.

 

Projek rintis berkenaan merupakan satu inisiatif untuk meningkatkan kemahiran pengekodan (coding) dan pemikiran komputasional (computational thinking) melalui pembelajaran menggunakan alat peranti pintar (smart devices) khususnya bagi pelajar peringkat sekolah rendah dan menengah di Negara Brunei Darussalam.

 

Dengan kemahiran berkenaan, adalah diharapkan ia dapat mendorong pelajar untuk meningkatkan lagi kemahiran-kemahiran abad ke-21 dan dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik (STEAM).

 

Projek Rintis berkenaan mula dilaksanakan pada April 2023 bertujuan untuk melengkapkan para pendidik dan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam kemahiran pengekodan dan pemikiran komputasional dengan menggunakan alat peranti pintar yang disediakan.

 

Dengan kemahiran ini, adalah diharapkan ia dapat mendorong pelajar untuk menyesuaikan diri dalam persekitaran pembelajaran baharu dengan kemahiran berkenaan dapat digunakan dengan mata pelajaran teras yang lain seperti Matematik dan Sains. Ini adalah selaras dengan visi dan komitmen Kementerian Pendidikan.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Cambodia Blast: 20 Soldiers Killed In Ammunition Explosion

 2024-04-28 00:52:46

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48