FacebookInstagramTwitterContact

 

Woman Scammed Out Of £2,000 By Online Seller’s Cruel Iphone Trick           >>           Two People Charged After ‘Dine And Dash Spree’ Across Multiple Restaurants           >>           4 Food Preservation Methods To Avoid Spoilage And 3 Alternatives To Refrigeration           >>           At Least A Dozen Water Suppliers In Iowa Are Still Providing Residents With Drinking Water Contaminated With “Forever Chemicals”           >>           Powdered Cheese: A Versatile, Shelf-Stable Food To Add To Your Survival Stockpile           >>           Emergency Water Pipe Repair Work Update           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Badudun Bersama Biskita' Roadshow           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


49 Pelajar SU ISB Adakan Lawatan Ke BIBD


 


 July 5th, 2023  |  09:51 AM  |   117 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seramai 49 pelajar dari Sekolah Ugama Antarabangsa Brunei ( SU International School Brunei-ISB) petang tadi mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), Bandar Seri Begawan, di sini.

 

Turut berangkat mengikuti lawatan berkenaan, cucunda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah. Juga ikut serta, Pengiran Abdul Wali Amiruddien bin Pengiran Anak Haji Abdul Wadood Bolkiah.

 

Hadir mengalu-alukan kedatangan para pelajar berkenaan, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BIBD, Awang Junaidi bin Haji Masri.

 

Ketibaan rombongan pelajar ISB di Ibu Pejabat BIBD, disambut mesra oleh para pegawai dan kakitangan BIBD, diikuti dengan sesi taklimat interaktif dan lawatan ke cawangan BIBD.

 

Para pelajar turut berpeluang menyaksikan sendiri operasi harian sebuah institusi kewangan Islam, memperoleh pengalaman berharga tentang pelbagai perkhidmatan perbankan yang disediakan oleh BIBD.

 

Para pelajar seterusnya dibawa melawat ke BIBD Perdana Lounge sebelum mendengarkan taklimat mengenai dron, pemodelan 3D, dan aktiviti realiti maya yang dibangunkan oleh pelajar BIBD ALAF.

 

Interaksi berkenaan membolehkan para pelajar menyaksikan potensi aplikasi teknologi dalam pelbagai industri dengan harapan dapat memotivasikan mereka untuk meneroka minat mereka sendiri dalam bidang berkenaan. Semasa lawatan berkenaan, para pelajar turut diperkenalkan dengan robot android, iaitu Arif, yang merupakan BIBD's NEXGEN Ambassador.

 

Para pelajar berpeluang belajar tentang keupayaan pembantu automatik berkenaan dan bagaimana ia meningkatkan pengalaman pelanggan

 

di BIBD. Sebagai sebahagian daripada komitmen BIBD terhadap pembelajaran berterusan, para pelajar diberi taklimat mengenai Digital Fikra, ruang pembelajaran digital khusus BIBD untuk kakitangan.

 

Platform inovatif berkenaan membolehkan kakitangan BIBD mengembangkan pengetahuan mereka dan memperoleh kemahiran baharu melalui platform digital dan e-learning. Para pelajar juga diberi taklimat tentang keperluan pekerjaan masa depan di institusi kewangan Islam.

 

Lawatan berkenaan menandakan hari penerokaan dan pembelajaran yang tidak dapat dilupakan di BIBD, memfokuskan kepada dedikasi BIBD untuk memupuk pembelajaran, inovasi dan perkhidmatan yang mengutamakan pelanggan.

 

Melalui Rangka Kerja Kelestarian BIBD dan komitmen bank untuk menegakkan Maqasid Syariah dan menyokong Wawasan

 

Brunei 2035, BIBD terus mempamerkan komitmennya terhadap penglibatan masyarakat melalui rangkuman kewangan, dan bagi memberi inspirasi kepada generasi akan datang untuk menerima ilmu, teknologi, dan mengejar kecemerlangan.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Cambodia Blast: 20 Soldiers Killed In Ammunition Explosion

 2024-04-28 00:52:46

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48