FacebookInstagramTwitterContact

 

National Speech Contest           >>           Beta-Alanine Supplementation May Improve Power Output During Leg Exercises           >>           HIDDEN DANGER: Beware Of Arsenic Contamination In Rice           >>           Boysenberries Found To Improve Cholesterol, Help Prevent Heart Disease           >>           Girl Said She Heard ‘Monsters’ In Her Bedroom Wall – It Turned Out To Be Something Much Worse           >>           People Are Going Crazy For This Mayor’s Little Toes           >>           Jersey Shore's Pauly D Shares Rare Update On Life With 10-Year-Old Daughter Amabella           >>           Colleen Hoover's Verity Book Becoming A Movie After It Ends With Us           >>           Asteroid Ryugu Holds Secrets Of Our Solar System's Past, Present And Future           >>           US will require all new cars to have advanced automatic braking systems by 2029           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Lestarikan Ketamadunan Ilmu Kebahasaan


 


 July 6th, 2023  |  07:55 AM  |   69 views

GADONG

 

Bahasa Melayu telah berperanan sebagai asas pembentukan jati diri dan citra bangsa rakyat dan penduduk negara ini. Penggunaan bahasa Melayu sering kali disentuh dalam titah-titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan sering ditekankan untuk tidak mengabaikannya.

 

Dalam surat-surat keliling juga dinyatakan tentang penggunaan bahasa Melayu dalam urusan-urusan rasmi kerajaan.

 

Ditambah lagi dengan pemerkasaan tulisan Jawi yang telah menjadi satu kemestian pada papan-papan tanda telah memperkukuh bahasa Melayu itu sendiri.

 

Pada masa yang sama, ia juga memperlihatkan betapa Negara Brunei Darussalam menyantuni dan memulihara peradaban tinggi yang kita miliki ini. Falsafah negara kita, Melayu Islam Beraja dan negara Zikir yang mempunyai nilai kemelayuan yang komprehensif lagi inklusif juga telah menambah nilai bahasa Melayu.

 

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad menegaskan perkara tersebut semasa melancarkan Sambutan Bulan Bahasa 2023 yang berlangsung di Ruang Legar, The Mall, pagi tadi.

 

Menurut Yang Berhormat, Sambutan Bulan Bahasa merupakan salah satu wahana yang berterusan dalam sama-sama mendukung dan membarigakan kepentingan memartabatkan bahasa Melayu dan pelaksanaannya terutama sekali dalam kita mengharungi era pembangunan dan kemodenan.

 

Justeru itu terangnya, bahasa Melayu tidak boleh dikesampingkan kerana pembangunan dan kemajuan sesebuah negara tidak boleh diukur daripada aspek fizikal dan kebendaan semata-mata, sebaliknya perlu menyeluruh dan bersepadu.

 

Dalam konteks ini katanya, bahasa dan sastera sebagai unsur penting kebudayaan dan tamadun bangsa dan negara tidak boleh dipandang sepi dalam arus pembangunan negara.

 

“Maka kewujudan Perlembagaan Negeri Brunei 1959 dan penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam tahun 1961 adalah bertujuan untuk mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara dan ini adalah terbit daripada kesedaran bahawa persediaan perlu dimulakan untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara ini.

 

“Dalam hubungan ini, momentum daripada perlembagaan tersebut telah pun memperlihatkan hasil yang nyata dan memberangsangkan," jelas Yang Berhormat.

 

Yang Berhormat turut difahamkan bahawa Sambutan Bulan Bahasa pada kali ini telah mengundang jabatan-jabatan di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) untuk sama-sama berkolaborasi mengadakan pameran yang menjalur kepada inisiatif pemerkasaan bahasa Melayu iaitu merupakan satu inisiatif yang membanggakan, dalam masa yang sama memperlihatkan kerjasama bersepadu kementerian ini dalam memberi dukungan yang penuh terhadap pemerkasaan bahasa Melayu.

 

Yang Berhormat percaya di masa akan datang pameran sebegini ini juga akan dapat disertai oleh agensi, jabatan atau kementerian lain supaya pemerkasaan bahasa Melayu akan bertambah ampuh lagi demi menunjukkan usaha nasional yang bersepadu.

 

“Keterlibatan jabatan atau kementerian lain juga akan menunjukkan kerjasama yang erat yang berstrategikan pendekatan senegara yang dapat menyuntik rasa pemilikan bersama atau semangat kekitaan bagi mewujudkan rasa bangga dan rasa tanggungjawab rakyat dan penduduk negara ini terhadap bahasa Melayu.

 

“KKBS juga telah mengambil punggur ke hadapan dengan menjenamakan semula laman webnya dengan menggunakan dwi bahasa iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dan bahasa Inggeris bagi kemudahan para pelayar penutur bukan bahasa Melayu.

 

“Ini juga merupakan usaha KKBS dalam memberikan impak 'kemelayuan' dan kesungguhan KKBS menyantuni bahasa Melayu ke tingkat yang selayaknya," ujarnya lagi.

 

Yang Berhormat juga berharap semua rakan strategik KKBS akan memberi sokongan yang berterusan untuk terus memperkasakan bahasa Melayu dalam setiap wahana.

 

Kepada rakan media pula tambah Yang Berhormat, diharap juga akan dapat terus melestarikan ketamadunan ilmu kebahasaan demi melahirkan anak-anak Brunei yang pekat dengan calak budaya kita dan menjadi warganegara yang berkualiti.

 

Semua lapisan masyarakat di negara ini tegas Yang Berhormat lagi, hendaklah menyedari bahawa bahasa ibunda kita adalah merupakan identiti kita sebagai anak Brunei dan pemakaian serta penggunaannya sudah setentunya menunjukkan semangat patriotik kitani selaku rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam yang sama-sama 'kitani' cintai ini.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47