FacebookInstagramTwitterContact

 

National Speech Contest           >>           Beta-Alanine Supplementation May Improve Power Output During Leg Exercises           >>           HIDDEN DANGER: Beware Of Arsenic Contamination In Rice           >>           Boysenberries Found To Improve Cholesterol, Help Prevent Heart Disease           >>           Girl Said She Heard ‘Monsters’ In Her Bedroom Wall – It Turned Out To Be Something Much Worse           >>           People Are Going Crazy For This Mayor’s Little Toes           >>           Jersey Shore's Pauly D Shares Rare Update On Life With 10-Year-Old Daughter Amabella           >>           Colleen Hoover's Verity Book Becoming A Movie After It Ends With Us           >>           Asteroid Ryugu Holds Secrets Of Our Solar System's Past, Present And Future           >>           US will require all new cars to have advanced automatic braking systems by 2029           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pelihara, Perkasakan Bahasa Melayu


 


 July 6th, 2023  |  07:56 AM  |   80 views

GADONG

 

Majlis Sambutan Bulan Bahasa 2023 pada tahun ini diadakan secara hibrid, iaitu secara fizikal di Ruang Legar, The Mall, manakala secara maya penyertaan orang ramai melalui aplikasi Zoom dan penstriman langsung menerusi media sosial Facebook Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei.

 

Hadir selaku tetamu kehormat bagi melancarkan majlis tersebut, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

 

Antara objektif penganjuran Bulan Bahasa ialah memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara dan jati diri bangsa selain memupuk rasa kepemilikan bersama terhadap bahasa Melayu.

 

Ia juga dapat memasyarakatkan bahasa Melayu melalui keikutsertaan orang ramai serta menggema dan menyemarakkan Sambutan Bulan Bahasa ke seluruh negara.

 

Tema Bulan Bahasa pada tahun ini masih mengekalkan tema pada tahun lalu iaitu 'Memperkasakan Bahasa Melayu' yang menjadi tanggungjawab dan kesedaran awam juga seluruh masyarakat dalam upaya mendaulat dan melestarikan bahasa Melayu sebagai warisan sosial masyarakatnya ke arah pembentukan jati diri bangsa.

 

Terlebih dahulu majlis dimulakan dengan bacaan Ikrar Bahasa oleh Penuntut-penuntut Sekolah Menengah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan yang diketuai oleh Duta Bahasa 2015, Tan Been Tiem, diikuti dengan Deklamasi Sajak yang disampaikan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan.

 

Sementara itu, dalam ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Pemangku Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Awang Suip bin Haji Abdul Wahab antara lain menekankan, pemerkasaan bahasa Melayu terus diperkukuh dengan meningkatkan lagi jalinan sosial bersama masyarakat di negara in agar seluruh anggota masyarakat dapat sama-sama memberi komitmen tinggi dalam menanai tanggungjawab memartabat bahasa Melayu secara menyeluruh.

 

Oleh itu katanya, DBP mengambil peluang dan ruang untuk mengungkayahkan Sambutan Bulan Bahasa 2023 di luar nalar kebiasaan, iaitu dengan mengadakan di sebuah tempat strategik yang menjadi tumpuan masyarakat.

 

Strategi ini menurutnya adalah sebagai satu lagi bentuk laluan bagi jabatan ini untuk membarigakan dan menyebarluaskan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat.

 

“Pameran dan pelbagai aktiviti turut diadakan bagi memupuk dan meningkatkan lagi kesedaran orang ramai untuk sama-sama berperanan menjaga, memelihara dan seterusnya memperkasakan bahasa Melayu, sesuai dengan tema Sambutan Bulan Bahasa demi kelangsungan bahasa Melayu itu sendiri," tambahnya lagi.

 

Majlis diteruskan dengan ucapan tetamu kehormat dan pelancaran Sambutan Bulan Bahasa 2023.

 

Seterusnya, Persembahan Pidato disampaikan oleh Awang Muhammad Iqbaal Syakib bin Haji Suhib selaku Johan Pertandingan Pidato Kebangsaan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Ke-39, Tahun 2023 yang bertajuk 'Hati Budi Melayu: Calak Bangsa Budiman'.

 

Majlis turut diserikan dengan Persembahan Silat yang disampaikan oleh Pelajar-pelajar Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan berakhir dengan penyampaian gelar Duta Bahasa, hadiah-hadiah, cenderamata dan sijil penghargaan kepada pemenang-pemenang Pertandingan Seni Khat Jawi, Peraduan Menterjemah Buku Cerita Kanak-Kanak Terbitan DBP, Peraduan Adaptasi Novel ke Skrip Drama Pentas, para panel hakim, pelajar cemerlang, dan peserta persembahan serta syarikat-syarikat tajaan.

 

Para pemenang bagi Pertandingan Seni Khat Jawi Kategori 'A' ialah Awang Haji Md. Nazir bin Haji Othman; Awang Md. Azizi bin Haji Md. Jamil dan Awang Muhammad Riziman bin Haji Usin.

 

Bagi Kategori 'B', pemenang-pemenangnya ialah Awang Alomsa Nor Adzmin bin Haji Alli; Awang Bolhannuddin bin Haji Abd. Wahab; dan Awang Muhammad Asyraaf bin Haji Rambli.

 

Sementara para pemenang Peraduan Menterjemah Buku Cerita Kanak-Kanak Terbitan DBP pula ialah Dayangku Siti Serbanun @ Dayangku Ani binti Pengiran Hidup; Dayang Nur Faralisa Nabilah binti Zulfikri; dan Dayang Mahirah Rusydinah binti Madan.

 

Para Pemenang Peraduan Adaptasi Novel ke Skrip Drama Pentas terdiri daripada Awangku Mohammad Noor Sham @ Awangku Hidie bin Pengiran Hidup - Penghormatan Pertama; Dayang Norhairunnisa Radhiah binti Haji Bini - Penghormatan Kedua; dan Dayang Lenna Norsusilanita binti Bahari - Penghormatan Ketiga.

 

Penerima Gelar Duta Bahasa Tahun 2023 diberikan kepada Profesor Ampuan Dr. Haji Brahim bin Ampuan Haji Tengah.

 

Turut hadir, Ahli Jawatankuasa Tertinggi Bulan Bahasa 2023, Ahli MMN, Ahli Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu Brunei Darussalam (JKTBMBD), Para Penerima Anugerah Penulis Asia Tenggara (SEA Write Award), mantan Pengarah dan Timbalan Pengarah DBP, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan, para penulis serta para pencinta bahasa dan sastera.​

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47