FacebookInstagramTwitterContact

 

Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Temporary Road Closure           >>           Temporary Closure of Petrol Stations           >>           Blood Donation Campaign           >>           Study Visit           >>           Discussion Session           >>           Village Head Appointment Certificate Presentation           >>           Presentation of Letters of Appointment and Incentive           >>           Opening Ceremony of School Leaders Convention           >>           Tahlil Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kesejahteraan Keluarga Berlandaskan Nilai Islam


 


 July 6th, 2023  |  07:59 AM  |   70 views

BERAKAS

 

Masyarakat khususnya kaum wanita perlu didedahkan bagaimana mereka dapat menuntut hak mereka dan anak-anak di mana proses undang-undang adalah merupakan jalan terbaik untuk mendapatkan hak berkenaan.

 

Dalam isu tuntutan, masih ramai masyarakat yang memerlukan khidmat nasihat dengan cara yang betul namun tidak mempunyai tempat khusus untuk mendapatkan khidmat berkenaan.

 

Perkara tersebut antara yang ditekankan dalam ucaptama yang disampaikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Yang Arif Haji Awang Hassan bin Haji Awang Metali pada forum bertajuk 'Nafkah Isteri dan Anak-Anak Dalam Undang-Undang Keluarga Islam di Negara Brunei Darussalam' berlangsung di Dewan Digadong, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, hari ini.

 

Menurut Yang Arif Haji Awang Hassan, daripada statistik yang diperolehi dari Mahkamah Syariah jelasnya, pada tahun 2020 dan 2021, jumlah perceraian yang direkodkan berjumlah 1,162 kes dan kebanyakan kes-kes perceraian tersebut adalah atas sebab-sebab tidak ada persefahaman.

 

Oleh itu, tambahnya, pihak kerajaan tambahnya perlu mengambil inisiatif di samping mengadakan jerayawara-jerayawara untuk membarigakan lagi mengenai undang-undang dan hak nafkah ini.

 

Selain itu, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah juga mengongsikan mengenai prosedur-prosedur dalam mahkamah dan tuntutan-tuntutan hak dalam perceraian.

 

Forum kelolaan Persatuan Siswazah Wanita Negara Brunei Darussalam (PSW) sempena Hari Wanita Antarabangsa itu juga menerangkan mengenai pemahaman tentang hak dan tanggungjawab suami dalam memberikan nafkah kepada isteri dan anak-anak.

 

Seramai 300 orang terdiri daripada para penjawat awam di semua kementerian Negara Brunei Darussalam, penuntut-penuntut dari institusi-institusi pengajian tinggi, ahli-ahli persatuan-persatuan serta ahli takmir dan Muslimah masjid menghadiri forum berkenaan.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

 

Dua ahli panel dijemput bagi menjayakan forum iaitu Ketua Pejabat Pembangunan Kerjaya dan Jaringan Industri / Penolong Profesor, Fakulti Syarah dan Undang-Undang, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr. Zurairatul Zakiah binti Dato Seri Setia Haji Rajid dan Profesor Madya Dr. Hakimah binti Yaacob dari Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam UNISSA.

 

Sementara itu, Penasihat II PSW, Dr. Dayang Hajah Hairuni binti Haji Mohamed Ali Maricar adalah selaku moderator forum berkenaan.

 

Forum antara lain menyentuh tentang hak dan tanggung jawab suami dalam memberikan nafkah isteri dan anak-anak dalam Islam, implikasi undang-undang keluarga Islam di negara ini terhadap penguatan peranan dan tanggungjawab suami sebagai penyelenggara nafkah keluarga dan perlindungan dan kesejahteraan bagi isteri dan anak-anak dalam hukum Islam.

 

Dengan tema 'Mewujudkan Keadilan dan Kesejahteraan Keluarga Berlandaskan Nilai-nilai Islam', forum ini akan menjadi platform bagi pelbagai pemangku kepentingan, termasuk ulama, sarjana agama, akademisi, serta pihak-pihak terkait lainnya, untuk berdialog dan berdiskusi tentang masalah nafkah isteri dan anak-anak dalam Islam serta peranannya dalam undang-undang keluarga Islam di negara ini.

 

Selain itu, ia juga diharapkan akan memberikan wawasan baharu dan pemahaman yang lebih mendalam mengenai pentingnya nafkah dalam keluarga dan bagaimana implementasi nilai-nilai Islam dapat mendorong keadilan dan kesejahteraan keluarga.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47