Home > Bahasa Melayu
121 Terima PKL
July 6th, 2023 | 08:01 AM | 88 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Bagi mengenang jasa dan bakti yang dicurahkan sepanjang perkhidmatan, seramai 121 orang menerima Pingat Kerja Lama (PKL) yang terdiri daripada kalangan pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta jabatan-jabatan di dalamnya.
Daripada jumlah tersebut, penerima juga termasuk pegawai dan kakitangan dari Pejabat Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia.
Sehubungan itu, Majlis Penyampaian Pengurniaan PKL sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-76 bagi Tahun 2022 berlangsung di Dewan Teater, Bangunan Kementerian Kewangan dan Ekonomi, di sini.
Hadir bagi menyempurnakan penyampaian pingat-pingat ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah.
Turut hadir ialah Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Ekonomi), Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid; Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Fiskal); Yang Mulia Pengiran Datin Seri Paduka Hajah Zety Sufina binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani; Pemangku Setiausaha-setiausaha Tetap, Pengarah Urusan Brunei Darussalam Central Bank, ketua-ketua jabatan dan bahagian serta pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan dan Ekonomi.
Majlis diadakan sebagai penghargaan kepada pegawai-pegawai dan kakitangan yang telah berkhidmat lebih daripada 20 tahun.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]