FacebookInstagramTwitterContact

 

Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Temporary Road Closure           >>           Temporary Closure of Petrol Stations           >>           Blood Donation Campaign           >>           Study Visit           >>           Discussion Session           >>           Village Head Appointment Certificate Presentation           >>           Presentation of Letters of Appointment and Incentive           >>           Opening Ceremony of School Leaders Convention           >>           Tahlil Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Penerbangan Pertama Jemaah Haji NBD Selamat Tiba Di Tanah Air


 


 July 6th, 2023  |  08:03 AM  |   133 views

BERAKAS

 

Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam (NBD) bagi Penerbangan Pertama selamat mendarat pada jam 8.51 pagi tadi.

 

Ketibaan seramai 252 orang jemaah haji di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, di sini, dialu-alukan oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman dan Datin; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof juga selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) dan Datin; dan Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar dan Datin.

 

Turut hadir sama, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan dan Datin; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kerajaan Arab Saudi ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Emad bin Abdul Aziz Al-Muhanna; Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei, Dato Paduka Seri Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali; Setiausaha Tetap (Urustadbir Perkhidmatan Awam) JPM, Awang Ajman bin Haji Meludin; Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim dan isteri; Ra'es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Dr. Haji Adanan bin Haji Basar serta Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) KHEU, Awang Haji Mohd. Serudin bin Haji Timbang, dan isteri.

 

Juga mengalu-alukan ketibaan jemaah haji negara ialah pengarah-pengarah dan para pegawai kanan KHEU serta pengarah-pengarah Urusan Syarikat Pengendali Pakej Haji.

 

Kepulangan seramai 252 jemaah haji termasuk Pejabat Urusan Jemaah Haji NBD (Pentadbiran dan Perubatan), Pegawai Syarikat Darussalam Services Sendirian Berhad (DSSB), Pegawai Syarikat Straits Central Agencies (B) Sendirian Berhad, Pegawai Syarikat Al-Hijrah Travel and Tours Sendirian Berhad, Pegawai Syarikat At-Taqwa Travel Tours Sendirian Berhad, dan Syarikat Titian Travel and Tours Sendirian Berhad.

 

Bagi memberkati kepulangan jemaah haji itu, Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Mustafa bin Haji Murat.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47