FacebookInstagramTwitterContact

 

National Speech Contest           >>           Beta-Alanine Supplementation May Improve Power Output During Leg Exercises           >>           HIDDEN DANGER: Beware Of Arsenic Contamination In Rice           >>           Boysenberries Found To Improve Cholesterol, Help Prevent Heart Disease           >>           Girl Said She Heard ‘Monsters’ In Her Bedroom Wall – It Turned Out To Be Something Much Worse           >>           People Are Going Crazy For This Mayor’s Little Toes           >>           Jersey Shore's Pauly D Shares Rare Update On Life With 10-Year-Old Daughter Amabella           >>           Colleen Hoover's Verity Book Becoming A Movie After It Ends With Us           >>           Asteroid Ryugu Holds Secrets Of Our Solar System's Past, Present And Future           >>           US will require all new cars to have advanced automatic braking systems by 2029           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


6 Peserta Perdengarkan Bacaan Al-Quran Hari Kedua Musabaqah


 


 July 6th, 2023  |  08:05 AM  |   214 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1444 Hijrah / 2023 Masihi diteruskan lagi malam ini dengan seramai tiga orang qari dan tiga orang qariah memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran bagi hari kedua.

 

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah berkenan berangkat ke musabaqah berkenaan yang berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini.

 

Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan Tahun 1444H / 2023M; Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dipimpin oleh Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Setia Raja Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Suhaili bin Haji Mohiddin.

 

Musabaqah kemudiannya dimulakan dengan bacaan Al-Quran daripada tiga orang peserta yang bertanding iaitu Awangku Adi Nazri bin Pengiran Haji Jofri, Dayangku Nurul Sakinah Adawiyah binti Pengiran Ainolazahar dan Awang Ashizal bin Zainal Abidin.

 

Acara turut diserikan dengan Persembahan Selawat al-Fatih oleh pelajar-pelajar Sekolah Menengah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Kampung Rimba.

 

Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran diteruskan oleh tiga peserta yang lain iaitu Dayang Hajah Nurfaezah binti Haji Emran, Pengiran Muhammad Amirul Aiman bin Pengiran Haji Marjuki dan Dayangku Fauziah Nadhirah binti Pengiran Haji Jofri.

 

Sejurus selesai mendengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran daripada peserta terakhir musabaqah, Duli Yang Teramat Mulia berkenan berangkat meninggalkan majlis.

 

Majlis Pengumuman Keputusan bagi menentukan johan qari dan qariah Majlis Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1444H / 2023M akan diadakan esok, Khamis malam Jumaat, 18 Zulhijah 1444H bersamaan 6 Julai 2023M di tempat yang sama, bermula jam 7.15 malam.

 

Tema Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1444H / 2023M ialah 'Bersabar, Berikhtiar, Bertawakkal dan Berdoa Menghadapi Ujian Dengan Petunjuk Al-Quran'.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47