Home > Bahasa Melayu
Penutupan Sementara Stesen Minyak Bagi Pemeriksaan Alat Sukatan Pam Minyak
July 7th, 2023 | 10:59 AM | 43 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Bahagian Industri dan Ekosistem Perniagaan (IBE) melalui Unit Sukatan dan Timbangan (SDT) di bawah Kementerian Kewangan dan Ekonomi akan melaksanakan kerja-kerja pemeriksaan dan penelitian bacaan ketepatan ke atas alat sukatan jenis pam minyak di stesen-stesen minyak.
Langkah berkenaan adalah selaras dengan Akta Sukatan dan Timbangan 1983 Penggal 151, di mana pemeriksaan bacaan ketepatan, sah dan berdaftar dengan Unit SDT adalah dikehendaki ke atas penggunaan alat sukat dan timbang bagi tujuan perdagangan.
Dengan mengambil kira keselamatan dan kesejahteraan orang ramai serta para tenaga kerja yang terlibat sepanjang kerja-kerja pemeriksaan dan penelitian tersebut, stesen-stesen minyak akan ditutup bermula jam 9.00 pagi hingga selesai, yang mana anggaran perlaksanaannya adalah sekitar dua jam.
Pemeriksaan dan penelitian ke atas stesen-stesen minyak ini adalah pemeriksaan rutin yang dikendalikan sebanyak tiga kali setahun.
Keterangan mengenai jadual penutupan sementara stesen-stesen minyak bagi kerja-kerja pemeriksaan dan penelitian bacaan ketepatan pada bulan Julai 2023 tertera dalam Rajah 1.
Bagi sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Unit SDT, IBE melalui e-mel '[email protected]' atau melalui talian +673 233 4092.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]