Home > Bahasa Melayu
Sertai Kempen Derma Darah
July 7th, 2023 | 11:02 AM | 35 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Pusat Pendermaan Darah di Jabatan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan, akan mengadakan kempen-kempen derma darah di beberapa tempat di negara ini.
Pada Sabtu, 8 Julai 2023, kempen derma darah akan diadakan di Tingkat 1, Kompleks Annajat, Beribi dari pukul 10.00 pagi hingga 2.00 petang.
Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah juga akan mengadakan kempen serupa pada Selasa, 11 Julai 2023 bertempat di Bilik Pameran Istimewa, bangunan berkenaan, Simpang 26, Jalan Babu Raja dari pukul 9.00 pagi hingga 11.30 pagi dan 1.30 petang hingga 3.30 petang.
Sementara Universiti Brunei Darussalam (UBD) juga akan mengadakan kempen derma darah sempena Pameran Kerjaya UBD 2023 di Basement Level, UBD Chancellor Hall, pada Rabu 12 Julai 2023 dari pukul 9.00 pagi hingga 11.30 pagi dan 1.30 petang hingga 3.30 petang.
Orang ramai adalah diseru untuk menyertai kempen-kempen tersebut dan sekali gus menderma darah bagi sama-sama membantu mengekalkan bekalan stok darah di negara ini.
Tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad bagi kempen derma darah tersebut adalah sangat digalakkan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]