Home > Bahasa Melayu
67 Pain Darah Berjaya Dikumpulkan
July 7th, 2023 | 11:03 AM | 48 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) sekali lagi menganjurkan Kempen Derma Darah hari ini.
Kempen tersebut diadakan di Ruang Lobi jabatan berkenaan, di Jalan Kumbang Pasang bermula jam 9.00 hingga 11.00 pagi dan 1.30 hingga 3.00 petang.
Hasil dari kempen tersebut, sebanyak 67 pain darah berjaya dikumpul hasil daripada seramai 67 penderma.
Kempen tersebut bertujuan untuk menggalakkan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat dalam kalangan warga Perkhidmatan Awam dan orang ramai melalui cara mudah untuk menyelamatkan nyawa, iaitu dengan menderma darah.
Selain itu, kempen juga dihasrat dapat meningkatkan kesedaran tentang manfaat menderma darah terhadap kesihatan dan tubuh badan penderma.
Oleh yang demikian, adalah diharapkan melalui kempen ini, warga Perkhidmatan Awam akan mengamalkan menderma darah sebagai satu tabiat kesihatan sepanjang hayat.
Kempen ini akan berterusan sebagai sebahagian inisiatif JPA untuk membantu hospital menambah stok darah bagi mereka yang memerlukan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]