FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Boeing's 1st Starliner Astronaut Launch On May 6 Live Online           >>           Jack Dorsey Says (On X) That He’s Not On The Bluesky Board Anymore           >>           Al Jazeera Office Raided As Israel Takes Channel Off Air           >>           Bushmills: Man Nailed To Fence In 'Sinister Attack'           >>           US Campus Protests: 'Student Arrests Will Be My Final College Memory'           >>           Is Zimbabwe Zigzagging Into Further Currency Chaos?           >>           Improve Standard of Living           >>           Brunei International Wushu Championship           >>           Educational Intervention Programme Briefing           >>           Conversion Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


31 Murid Diraikan Pada Majlis Khatam Al-Quran


 


 July 7th, 2023  |  11:05 AM  |   44 views

MULAUT

 

Seramai 31 murid yang terdiri daripada 17 lelaki dan 14 perempuan petang tadi diraikan pada Majlis Khatam Al-Quran Bagi Murid-murid Darjah VI Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Amal Umi Kalthum Al-Islam, Kampung Mulaut (Pagi), Kawasan Brunei IV, Tahun 1444H / 2023M yang berlangsung di surau sekolah berkenaan, di sini.

 

Hadir ialah Pegawai Pemerintah Polis Tentera Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Kementerian Pertahanan, Lt. Kolonel Hamdan bin Haji Raub.

 

Atur cara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah secara beramai-ramai yang diketuai oleh Lt. Kolonel Hamdan, diikuti dengan bacaan surah-surah lazim oleh peserta khatam.

 

Acara kemudiannya diteruskan dengan bacaan Takhtim oleh pelajar-pelajar perempuan Darjah Pra, III dan V.

 

Manakala, bacaan Doa Khatam diketuai oleh Awang Mohd. Aqil Raidi bin Mohd Radzi.

 

Majlis turut diserikan lagi dengan bacaan Dikir Marhaban yang disampaikan oleh pelajar-pelajar lelaki Darjah IV dan V, yang diselajurkan dengan Acara Merenjis Minyak Wangi dan Penyampaian Sijil kepada peserta khatam oleh Pegawai Pemerintah Polis Tentera ABDB.

 

Doa selamat pula dibacakan oleh Awang Haji Mohd Rafie bin Haji Abdullah, guru sekolah berkenaan.

 

Majlis tersebut antara lain bertujuan untuk menggalakkan pelajar-pelajar untuk mengkhatamkan Al-Quran sebelum mereka menamatkan pembelajaran Darjah VI di persekolahan ugama.

 

Selain untuk mendidik pelajar-pelajar agar aktiviti membaca Al-Quran dijadikan sebagai amalan harian dalam kehidupan mereka, di samping menghayati dan mengamalkan pengajaran yang terkandung dalam Al-Quran, serta mendidik pelajar-pelajar supaya sentiasa membaca Al-Quran dengan betul dan lancar berpandukan hukum tajwid, sekali gus agar mutu bacaan mereka ditingkatkan.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07