Home > Bahasa Melayu
Jabatan Penjara Maraburong Terima Lawatan SHALAWSOC
July 7th, 2023 | 11:08 AM | 33 views
TUTONG
Persatuan Mahasiswa Syari'ah dan Undang-undang (SHALAWSOC) bersama dua pelajar lepasan ijazah daripada Fakulti Syari'ah dan Undang-undang, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) mengadakan Aktiviti Lawatan Ilmiah ke Jabatan Penjara Maraburong, Sungai Kelugos, Tutong pada Isnin, 3 Julai 2023.
Lawatan berkenaan dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diketuai oleh Ketua Unit Dakwah dan Tarbiyyah, SHALAWSOC, Awang Muhammad Akmal Faiz bin Jamal.
Kemudian diteruskan lagi dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Perhubungan Awam dan Hal Ehwal Antarabangsa Jabatan Penjara, Sarjan 493 Siti Habibah binti Haji Mahbub, diikuti dengan sesi soal jawab.
Sepanjang sesi taklimat berkenaan berlangsung, para peserta diberi peluang untuk mengenali sedikit sebanyak mengenai sistem penjara yang berkuat kuasa di negara ini.
Seterusnya, rombongan diberi peluang untuk menyaksikan demonstrasi sebatan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syari'ah dan Mahkamah Sivil.
Lawatan ilmiah berkenaan diakhiri dengan sesi bergambar ramai dan penyerahan sijil penghargaan dan cenderamata daripada pihak SHALAWSOC kepada pihak Jabatan Penjara Maraburong, Sungai Kelugos, Tutong.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]