Home > Bahasa Melayu
Terus Istiqamah Dalam Beribadat
July 7th, 2023 | 11:10 AM | 44 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Pengalaman berada di Kota Suci, Mekah Al-Mukaramah sememangnya tidak akan dapat dirasakan di tempat lain dan akan menjadi satu memori yang cukup indah dalam hidup Jemaah haji.
Perkara demikian disuarakan oleh Awang Haji Bismil bin Haji Abu Bakar dari Kampung Panchor Papan, Tutong semasa ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.
"Pengalaman semasa menunaikan haji tidak dapat dilupakan terutama semasa berada di Mina dan Arafah.
"Kelengkapan memang tersedia ada namun dugaan tetap dihadapi dan kami menerimanya dengan tenang," ujarnya.
InsyaaAllah, beliau berharap dengan amalan dan ibadah yang dikerjakan di sana akan diterima oleh Allah Subhanahu Wata'ala dan beliau berhasrat akan terus istiqamah terutama sekali menekankan akan kepentingan mendirikan solat tepat pada waktunya.
Sementara itu, Dayang Hajah Sarimah binti Awang Besar dari Kampung Bukit Beruang. Tutong pula mengongsikan pengalamannya semasa melaksanakan Sa'ie kerana ia sedikit mencabar dan perlunya kekuatan dari segi mental dan fizikal.
Namun jelasnya, walaupun terdapat pelbagai cabaran, mereka tetap tenang dan melaluinya dengan baik dan dipermudahkan oleh Allah Subhanahu Wata'ala.
"Saya merasa amat bersyukur dengan semangat kekeluargaan yang ada di antara para jemaah haji lain yang sangat prihatin antara satu sama lain serta memberi sokongan dalam menyempurnakan ibadah haji," ujarnya.
InsyaaAllah, beliau berharap akan terus memperbanyakkan amal ibadah lebih-lebih lagi dalam mendalami perkara-perkara yang belum dipelajari.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]