FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Boeing's 1st Starliner Astronaut Launch On May 6 Live Online           >>           Jack Dorsey Says (On X) That He’s Not On The Bluesky Board Anymore           >>           Al Jazeera Office Raided As Israel Takes Channel Off Air           >>           Bushmills: Man Nailed To Fence In 'Sinister Attack'           >>           US Campus Protests: 'Student Arrests Will Be My Final College Memory'           >>           Is Zimbabwe Zigzagging Into Further Currency Chaos?           >>           Improve Standard of Living           >>           Brunei International Wushu Championship           >>           Educational Intervention Programme Briefing           >>           Conversion Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Terus Gigih Berusaha, Tidak Mudah Berputus Asa


 


 July 7th, 2023  |  11:12 AM  |   36 views

BERAKAS

 

Kejayaan dalam bidang bacaan Al-Quran tidak hanya datang bergolek begitu sahaja tetapi memerlukan latihan dan usaha yang berterusan, di samping menanamkan sikap tidak putus asa.

 

Penyertaan buat kali keempat dalam pertandingan bacaan Al-Quran ternyata membuahkan hasil bagi Pengiran Amirul Aiman bin Pengiran Haji Marjuki apabila dinobatkan johan qari Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1444 Hijrah / 2023 Masihi.

 

“Pada penyertaan kali pertama, saya cuma memenangi hadiah saguhati, manakala penyertaan kali kedua dan ketiga masing-masing meraih tempat ketiga dan naib johan," katanya semasa ditemui di Pusat Persidangan Antarabangsa.

 

Menurut Pegawai Pelajaran yang bertugas di Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah ini, beliau telah menjalani latihan selama tiga bulan sebelum musabaqah tersebut di mana beliau berlatih dengan guru-guru Al-Quran di negara ini, selain menghadiri Bengkel Taranum Al-Quran anjuran Kementerian Hal Ehwal Ugama dan dilatih oleh seorang qari dari Malaysia.

 

“Musabaqah ini mendorong kita untuk mendekatkan diri kepada Al-Quran itu sendiri. Walaupun tidak menyertai musabaqah, kita perlu juga mendalami Al-Quran kerana ia adalah sumber pegangan kita sebagai umat Islam," jelasnya.

 

Sementara itu, johan qariah, Dayangku Fauziah Nadhirah binti Pengiran Haji Jofri berasa terkejut kerana diumumkan pemenang buat tahun kedua, namun beliau bersyukur atas anugerah Allah Subhanahu Wata'ala berkenaan.

 

“Kejayaan ini sangat bermakna bagi saya memandangkan impian setiap qariah yang menyertai pertandingan bacaan Al-Quran adalah, bukan sahaja untuk kemenangan, malahan juga melihat sejauh mana peningkatan dan menilai prestasi bacaan Al-Quran masing-masing.

 

“Oleh itu, ia memerlukan latihan berterusan agar kami dapat memantapkan lagi bacaan Al-Quran," katanya.

 

Walaupun mempunyai komitmen kerjaya, beliau yang bertugas sebagai Pegawai Kurikulum i-Ready di Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat ini juga akan meluangkan masa untuk berlatih membaca Al-Quran di rumah bersama ibu beliau yang juga seorang qariah dan guru Al-Quran.

 

“Ibu saya pernah menjadi johan qariah Musabaqah di Peringkat Antarabangsa pada tahun 2002 dan juga guru Al-Quran serta Tajwid. Jadi ia adalah satu kelebihan bagi saya. Beliau dapat mengenal pasti dan memperbetulkan kesalahan bacaan saya.

 

“Di samping itu, ayah saya juga banyak memainkan peranan dalam menegur dan memperbetulkan kesalahan bacaan saya kerana beliau juga seorang guru," jelasnya.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07