FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Boeing's 1st Starliner Astronaut Launch On May 6 Live Online           >>           Jack Dorsey Says (On X) That He’s Not On The Bluesky Board Anymore           >>           Al Jazeera Office Raided As Israel Takes Channel Off Air           >>           Bushmills: Man Nailed To Fence In 'Sinister Attack'           >>           US Campus Protests: 'Student Arrests Will Be My Final College Memory'           >>           Is Zimbabwe Zigzagging Into Further Currency Chaos?           >>           Improve Standard of Living           >>           Brunei International Wushu Championship           >>           Educational Intervention Programme Briefing           >>           Conversion Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Operasi Loyal Cekup 12 Pengedar Dadah


 


 July 7th, 2023  |  11:14 AM  |   51 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Biro Kawalan Narkotik (BKN) menjalankan Operasi Loyal pada minggu pertama bulan Julai dengan menumpukan kepada sindiket keluarga rangkaian dadah yang menjalankan aktiviti pengedaran dadah di Kampong Setia A dan penduduk setempat yang disyaki terlibat dalam menjalankan kegiatan penyalahgunaan dan pengedaran dadah.

 

Serbuan diadakan ke atas beberapa buah rumah yang dikenal pasti digunakan untuk menjalankan aktiviti pengedaran dadah di kampung berkenaan.

 

Setakat ini, Operasi Loyal berjaya menahan 12 warga tempatan, iaitu 10 orang  lelaki; dan dua orang perempuan dalam lingkungan umur 30 hingga 51 tahun kerana terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dan pengedaran dadah.

 

Sehingga kini, Operasi Loyal berjaya merampas sebanyak 32.31 gram syabu dan wang tunai berjumlah BND14,732 dan USD7 dipercayai hasil daripada kegiatan pengedaran dadah.

 

Turut dirampas ialah beberapa bentuk barang kemas dipercayai hasil daripada kegiatan pengedaran dadah.

 

Kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 3A, Akta Penyalahgunaan Dadah, Penggal 27 atas kesalahan memiliki dadah terkawal bagi tujuan mengedar dan jika sabit kesalahan, boleh membawa hukuman minima lima tahun penjara dan lima sebatan dan hukuman maksima 20 tahun penjara dan 15 sebatan.

 

Dua buah keluarga yang ditahan semasa operasi berkenaan didapati tidak mempunyai sebarang pekerjaan tetapi mempunyai gaya hidup yang dinilai berkemampuan.

 

Siasatan lanjut mendapati bahawa keluarga berkenaan menjalankan aktiviti yang mempunyai unsur-unsur pembersihan wang haram bagi membersihkan semula hasil daripada kegiatan aktiviti pengedaran dadah.

 

Mereka akan disiasat di bawah Seksyen 3, Perintah Mendapatkan Kembali Aset Jenayah 2012, iaitu kesalahan pembersihan wang haram.

 

BKN ingin memberikan amaran kepada para pengedar dadah yang giat aktif mengedar dadah terkawal bahawa mereka tidak akan terlepas daripada jangkauan penguatkuasaan undang-undang yang akan dilaksanakan oleh BKN.

 

Para pengedar dadah adalah musuh negara yang perlu dihapuskan kerana kegiatan mereka membawa kesan negatif kepada keharmonian kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat serta mengancam keselamatan negara.

 

Sehubungan itu, BKN tidak lupa merakamkan ucapan penghargaan kepada kementerian-kementerian dan agensi-agensi perisikan dan penguatkuasaan keselamatan atas bantuan dan kerjasama yang diberikan ke arah menjayakan operasi ini.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07