Home > Bahasa Melayu
Kongsi Kerjasama Antara TVET, Industri
July 7th, 2023 | 11:16 AM | 141 views
BATAM, INDONESIA
Delegasi Kementerian Pendidikan telah menghadiri Persidangan ASEAN TVET yang diadakan pada 3 hingga 5 Julai 2023 di Batam, Indonesia anjuran Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Riset, dan Teknologi, Republik Indonesia.
Delegasi dari Negara Brunei Darussalam diketuai oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Dr. Chin Wei Keh dan turut disertai oleh Ketua Pengurusan Rantaian Bekalan-Nilai-Negara, Awang Haji Muhammad Amirul Shahnoel bin Haji Mohammad Noeh sebagai Peneraju Manpower Industry Steering Committee Working Group (MISC-WG) Energy; Pemangku Setiausaha Kerja, Urus Setia Majlis Kebangsaan Pengiktirafan Kelulusan, Kementerian Pendidikan, Awang Haji Mohd. Fadzillah bin Haji Abdullah; Pemangku Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Akademik), Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE), Dr. Saiful Rizal bin Haji Marali; dan, Ketua Sekolah Sains dan Kejuruteraan, Politeknik Brunei, Awang Haji Mohammad Reizal bin Mohammad Ali.
Semasa persidangan berkenaan, delegasi turut melawat Taman Digital Nongsa Batam dan Politeknik Negeri Batam.
Persidangan anjuran Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Penyelidikan dan Teknologi Republik Indonesia berkenaan bertujuan untuk berkongsi dan membincangkan amalan kerjasama antara TVET dan entiti perniagaan/industri di negara ASEAN.
Antara objektif utama persidangan tersebut adalah untuk berkongsi dan mempelajari pelbagai model kerjasama, ramuan utama untuk kerjasama yang berkesan antara TVET dan industri; untuk menggalakkan kerjasama serantau antara TVET dan industri, dan untuk merangka cadangan dasar mengenai Kerjasama TVET-Industri.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]