Home > Bahasa Melayu
20 Pelajar JIS Terima Sijil Program Bahasa Dan Budaya Jepun
July 7th, 2023 | 11:17 AM | 105 views
TUNGKU LINK
Seramai 20 pelajar daripada Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS) mengikuti Program Bahasa dan Budaya Jepun semasa Minggu Pengayaan JIS (JIS Enrichment Week) 2023 yang berlangsung di sekolah berkenaan, di sini.
Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian sijil kepada para pelajar pada majlis penutup berkenaan ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Maeda Toru.
Dalam program berkenaan para pelajar JIS berpeluang untuk mengambil bahagian dalam mengikuti budaya Jepun menerusi judo, kaligrafi, origami, kimono dan demonstrasi makanan Jepun selama empat hari bermula dari 3 Julai.
Pada hari pertama, pelajar JIS juga berpeluang untuk berdialog bersama Tuan Yang Terutama Maeda Toru mengenai kerjaya diplomatiknya.
Program antara lain bertujuan untuk memperkayakan semangat para pelajar dengan menyelami budaya dan persekitaran yang berbeza.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]