Home > Bahasa Melayu
Kongsi Jalan Penyelesaian Isu Serpihan Laut
July 7th, 2023 | 11:19 AM | 84 views
BOGOR, INDONESIA
Majlis Mesyuarat Negara (MMN) menghadiri Mesyuarat AIPA-ICCF-UNCTAD Joint Briefing on 'Technology and Innovation Solutions To Address Marine Debris In Southeast Asia' yang diadakan pada hari ini bertempat di Bogor, Republik Indonesia.
Mesyuarat berkenaan dianjurkan bersama oleh ASEAN Inter-Parliamentary Assembly (AIPA), International Conservation Caucus Foundation (ICCF) dan United Nations Conference on Trade and Development (UNCTAD) dan dihadiri oleh beberapa negara-negara ahli AIPA.
Mesyuarat antara lain bertujuan untuk mencari jalan penyelesaian kepada isu serpihan laut (marine debris) dan membincangkan penggunaan teknologi dan inovasi dalam menangani cabaran berkenaan di rantau Asia Tenggara, selain mengongsikan amalan-amalan terbaik yang dilaksanakan di negara-negara yang berkenaan.
MMN diwakili oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman.
Di dalam kenyataannya, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi antara lain mengongsikan inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan oleh pelbagai pihak di Negara Brunei Darussalam dalam menangani dan meningkatkan kesedaran mengenai isu serpihan laut (marine debris) di negara ini.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]