FacebookInstagramTwitterContact

 

Exercise Helps Improve Gut Diversity, According To A New Study           >>           6 Amazing Health Benefits From Regularly Drinking Linden Tea           >>           Study Finds Link Between Abnormal Potassium Levels And An Increased Risk Of Heart Failure           >>           AT&T deal will make every phone a satellite phone           >>           Sony’s new smartphone could entice shutterbugs away from Apple and Google           >>           OpenAI strikes deal to put Reddit posts in ChatGPT           >>           Meta's Threads gets its own Tweetdeck clone           >>           Alexia Putellas Set To Stay At Barcelona With New Deal – Sources           >>           France Coach Deschamps Includes Kanté, Barcola In Euro Squad           >>           Nashville SC Fires Gary Smith, Only Coach In Team History           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


AJSMJ : Tingkat Kerjasama Dalam Bidang Perundangan


 


 July 8th, 2023  |  09:08 AM  |   93 views

TOKYO, JEPUN

 

Peguam Negara, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Ahmad bin Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa menghadiri Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Keadilan ASEAN-Jepun (ASEAN-Japan Special Meeting of Justice Ministers-AJSMJ) yang diadakan pada 6 Julai 2023, di Tokyo, Jepun.

 

Delegasi Negara Brunei Darussalam (NBD) termasuk para pegawai dari Jabatan Peguam Negara.

 

Mesyuarat berkenaan tertumpu kepada tema 'Memajukan Kerjasama ASEAN-Jepun Untuk Menggalakkan Kedaulatan Undang-undang : Ke Arah Fasa Baharu Melangkaui Tahun Ke-50 Persahabatan dan Kerjasama'.

 

Ketika ASEAN dan Jepun memperingati peristiwa penting berkenaan, AJSMJ menandakan peristiwa pertama untuk menghimpunkan Menteri-Menteri Keadilan dan Peguam Negara ASEAN Member States (AMS) dan Jepun.

 

AJSMJ yang dihoskan oleh Kementerian Keadilan Jepun, dipengerusikan bersama oleh Menteri Keadilan Jepun, Tuan Yang Terutama Saito Ken yang juga Pengerusi Mesyuarat Menteri-menteri Undang-undang ASEAN (ALAWMM); Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi) di Jabatan Perdana Menteri Malaysia, Puan Yang Terutama Dato' Sri Azalina Othman Said.

 

Setiausaha Agung ASEAN, Tuan Yang Terutama Dr. Kao Kim Hourn juga turut hadir bersama Menteri Keadilan dan Peguam Negara  dari Negara Anggota ASEAN, dan Timor Leste sebagai pemerhati.

 

Selain itu, AJSMJ menyampaikan jemputan kepada wakil daripada pelbagai agensi dan organisasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu seperti Pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Dadah dan Jenayah (the United Nations Office on Drugs and Crime-UNODC), Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (United Nations Development Programme-UNDP), Sekretariat Undang-undang Perdagangan Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (United Nations Commission on International Trade Law Secretariat-UNCITRAL), Institut Asia dan Timur Jauh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Pencegahan Jenayah dan Rawatan Pesalah (United Nations Asia and Far East Institute for the Prevention of Crime and Treatment of Offenders-UNAFEI) dan Institut Keadilan Thailand (Thailand Institute of Justice -TIJ) untuk menyertai acara bersejarah berkenaan.

 

AJSMJ bersidang untuk menerima pakai dan mengesahkan dua dokumen - Penyata Bersama AJSMJ (Kenyataan Bersama) dan Rancangan Kerja Undang-undang dan Keadilan (Pelan Kerja) yang merupakan kemuncak perbincangan meluas antara AMS dan Jepun.

 

Dokumen-dokumen berkenaan menghasilkan pelan hala tuju untuk usaha masa hadapan ke arah peningkatan kerjasama dalam bidang undang-undang dan keadilan dengan mengenal pasti jalan baharu untuk penyelarasan dan perkongsian.

 

Ini seterusnya akan mengukuhkan asas persefahaman bersama, kepercayaan dan nilai bersama yang menyokong hubungan ASEAN-Jepun dan membuka jalan untuk pembangunan mampan, keamanan dan kemakmuran di rantau berkenaan.

 

Bidang penyelarasan dan pelaksanaan yang dikenal pasti termasuk bantuan teknikal perundangan, pembinaan kapasiti modal insan, isu keadilan jenayah dan menggalakkan nilai asas seperti kedaulatan undang-undang dan menghormati hak asasi manusia.

 

Yang Berhormat Peguam Negara menyampaikan kenyataan bagi menyokong Kenyataan Bersama dan Pelan Kerja, khususnya sokongan NBD terhadap skop luas objektif dan aktiviti yang memandang ke hadapan untuk memastikan daya tahan, mengekalkan penglibatan dan menegakkan kedaulatan undang-undang di rantau ini.

 

Yang Berhormat juga turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jepun atas kepimpinan mereka dalam inisiatif berkenaan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Bone Found During Missing Japan Steel Worker Search

 2024-05-17 10:38:05

China's Nio Unveils Tesla Model Y Rival

 2024-05-17 10:35:15