FacebookInstagramTwitterContact

 

Borneo Islamic International Conference Exhibition           >>           15th Borneo Islamic International Conference           >>           Israel Launches New Military Operation In Central Gaza           >>           Documentation in Digital Form           >>           New Knife Attack Wounds Local German Politician           >>           Trump Wants Judge To Lift Gag Order After Verdict           >>           ANC Eyes National Unity Government After Election Loss           >>           Allies Back Modi For Third Term After Election Setback           >>           Ease of Access to Valuable Manuscripts           >>           Lily Yohannes, 16, Nets First Goal In USWNT Win Over South Korea           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Maqasid Syariah Penting Bagi Kesempurnaan Kehidupan


 


 July 19th, 2023  |  12:33 PM  |   169 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Tema sambutan pada kali ini, 'Ugama Dipelihara, Negara Sejahtera.'

 

Konsep tema ini diambil dari salah satu Maqasid Syariah, iaitu memelihara ugama dan ugama yang dimaksudkan tidak lain ialah ugama Islam.

 

Fungsi ugama ialah untuk mengatur kehidupan manusia. Ia menjadi punca kepada wujudnya kebajikan bagi penganutnya.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah demikian pada Titah Perutusan sempena Tahun Baharu Hijrah 1445.

 

Baginda bertitah, di sinilah pentingnya Maqasid Syariah itu bagi memastikan urusan kehidupan berjalan dengan sempurna, sama ada urusan peribadi mahupun urusan berupa pentadbiran negara.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam juga mengambil maklum Kementerian Hal Ehwal Ugama telah merintis langkah menyebarluaskan kefahaman mengenai Maqasid Syariah, bukan sahaja di sektor kerajaan, malahan juga di sektor-sektor swasta.

 

Pihak berkenaan, titah baginda, juga disarankan untuk membarigakan perkara ini ke seluruh lapisan masyarakat di negara ini, bukan sahaja di kawasan bandar, bahkan juga di kampung-kampung.

 

“Beta yakin, kesan dari memelihara ugama, rakyat di negara ini akan terus menerus menikmati kemakmuran, di mana Kerajaan beta sentiasa berusaha untuk memastikan, tiada seorang rakyat pun yang akan dibiarkan melarat tanpa dibela," titah baginda.

 

Terdahulu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia merafakkan syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala, kerana dengan limpah rahmat-Nya jua dapatlah kita memasuki gerbang Tahun Baharu Hijrah 1445.

 

Bermula pada tahun 1445 Hijrah ini, baginda bertitah, nama Majlis Sambutan Awal Tahun Hijrah, kita gantikan dengan 'Sambutan Ilal Hijrah'.

 

“Ilal Hijrah membawa maksud 'ke arah penghijrahan,' dalam makna, kita bergerak mengubah atau memperbaiki kehidupan yang kurang baik kepada yang lebih baik," titah baginda.

 

Kebawah DYMM juga menyambut baik perubahan ini, untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat mahupun negara.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Allies Back Modi For Third Term After Election Setback

 2024-06-06 00:48:53

Court Rules Google Must Face £13.6bn Advertising Lawsuit

 2024-06-06 00:25:48