FacebookInstagramTwitterContact

 

Water Valve Repair Works           >>           Signing Ceremony           >>           Active Weather Conditions are expected to Start Tomorrow           >>           Informed Society Programme           >>           Art Exhibition           >>           Visit to Important Locations in Islamic History           >>           Signing of the Memorandum of Understanding           >>           Borneo Islamic International Conference Presentation           >>           155th Session of W.H.O. Executive Board Meeting           >>           Borneo Islamic International Conference Exhibition           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Perasmian Jabatan Urusan Zakat, Waqaf Dan Baitulmal


 


 July 20th, 2023  |  09:33 AM  |   141 views

BERAKAS

 

Pada menjunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) sukacita memaklumkan bahawa Bahagian Kutipan dan Agihan Zakat, Jabatan Majlis Ugama Islam adalah dinaik taraf menjadi Jabatan Urusan Zakat, Waqaf dan Baitulmal dan ditempatkan di bawah KHEU.

 

Sehubungan itu, Majlis Perasmian Jabatan Urusan Zakat, Waqaf dan Baitulmal diadakan pagi tadi di Ruang Legar Bangunan Asal KHEU, Berakas, di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat, Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman selaku Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam.

 

Juga hadir, Ketua Hakim Syar'ie, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar; Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohd Tashim bin Pengiran Haji Hassan; serta ahli-ahli Majlis Ugama Islam; Ahli-ahli Jawatankuasa Mengeluarkan Wang Zakat; Setiausaha Tetap dan ketua-ketua jabatan di KHEU.

 

Atur cara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai, diikuti dengan lafaz perasmian serta upacara membuka tirai plak perasmian yang disempurnakan oleh tetamu kehormat sebagai tanda ingatan detik perasmian Jabatan Urusan Zakat, Waqaf dan Baitulmal.

 

Sejurus selepas upacara perasmian, Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama seterusnya dijemput untuk meninjau ke kawasan pejabat Jabatan Zakat, Waqaf dan Baitulmal yang baru diubah suai, dengan tumpuan utama tinjauan adalah ke Ruangan Legar Kaunter-kaunter Perkhidmatan, Kaunter Kutipan Zakat dan juga Kaunter Layan Diri di aras bawah pejabat jabatan berkenaan.

 

Seterusnya, acara diikuti dengan penyerahan sumbangan peralatan komputer dari Syarikat Imagine Sendirian Berhad berupa dua unit komputer (desktop), satu unit mesin pengimbas (scanner) untuk ditempatkan di Kaunter Layan Diri dan juga tiga unit tablet bagi kegunaan petugas zakat, yang diserahkan oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Imagine Sendirian Berhad, Allen On.

 

Adapun objektif sumbangan berupa peralatan komputer dari Syarikat Imagine Sendirian Berhad  adalah sebagai inisiatif syarikat berkenaan dalam menyokong urus tadbir dan proses kerja siasatan dan pengagihan zakat di Jabatan Urusan Zakat, Waqaf dan Baitulmal, KHEU menerusi Sistem Kebajikan Negara (SKN), agar ia dapat bergerak dengan lebih efisien dan dinamik.

 

Acara kemudiannya diakhiri dengan Doa Kesyukuran yang dibacakan oleh Penguasa Masjid Omar 'Ali Saifuddien, Awang Zulkifli bin Haji Murat

 

Pada masa ini, Jabatan Urusan Zakat, Waqaf dan Baitulmal mengandungi enam bahagian utama, iaitu Bahagian Pentadbiran dan Kewangan; Bahagian Waqaf dan Baitulmal; Bahagian Zakat; Bahagian Sistem dan Data Maklumat; Bahagian Perancangan, Penyelidikan dan Perlaksanaan Projek; dan Program Pengupayaan Asnaf Zakat.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Allies Back Modi For Third Term After Election Setback

 2024-06-06 00:48:53

Court Rules Google Must Face £13.6bn Advertising Lawsuit

 2024-06-06 00:25:48