FacebookInstagramTwitterContact

 

Water Valve Repair Works           >>           Signing Ceremony           >>           Active Weather Conditions are expected to Start Tomorrow           >>           Informed Society Programme           >>           Art Exhibition           >>           Visit to Important Locations in Islamic History           >>           Signing of the Memorandum of Understanding           >>           Borneo Islamic International Conference Presentation           >>           155th Session of W.H.O. Executive Board Meeting           >>           Borneo Islamic International Conference Exhibition           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Warga UNISSA Dalami Penghijrahan Rasulullah


 


 July 21st, 2023  |  09:43 AM  |   38 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Hal Ehwal Pelajar mengadakan Majlis Sambutan Ilal Hijrah 1445 yang berlangsung di Surau Al-Syafi'i UNISSA, hari ini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal.

 

Atur cara majlis berkenaan dimulakan dengan bacaan mingguan Surah Yaa Siin, Tahlil dan doa yang dipimpin oleh Pegawai Ugama UNISSA, Pengiran Mohammad Daud bin Pengiran Matassan.

 

Majlis kemudian disemarakkan dengan penyampaian Tazkirah Khas yang bertemakan 'Ugama Dipelihara, Negara Sejahtera' yang disampaikan oleh Profesor Dato' Dr. Mohd. Fakhrudin bin Abdul Mukti, Profesor dari Fakulti Usuluddin.

 

Antara inti pati yang dapat diambil daripada tazkirah berkenaan bahawa nikmat dan kesejahteraan hanya akan wujud atas kehendak dan limpah kurnia Allah Subhanahu Wata'ala kepada umat-Nya yang beriman dan bertakwa.

 

Justeru, memelihara Islam dengan mematuhi segala ajarannya dan menjadikannya sebagai cara hidup yang lengkap dengan berkonsepkan Melayu Islam Beraja untuk mencapai ke taraf manusia yang beriman dan bertakwa kepada Allah Subhanahu Wata'ala merupakan kunci kejayaan, keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan yang telah dan sedang dinikmati oleh rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam.

 

Antara tujuan majlis diadakan adalah bagi memperingati peristiwa agung penghijrahan Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dari Kota Mekah Al-Mukarramah ke Kota Madinah Al-Munawwarah di samping memberi motivasi kepada warga kerja UNISSA agar mencontohi semangat pengorbanan dan perjuangan Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

 

Turut hadir, penolong-penolong rektor, pegawai-pegawai utama, tenaga akademik, pegawai dan kakitangan UNISSA.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Allies Back Modi For Third Term After Election Setback

 2024-06-06 00:48:53

Court Rules Google Must Face £13.6bn Advertising Lawsuit

 2024-06-06 00:25:48