FacebookInstagramTwitterContact

 

'God Of Destruction' Asteroid Apophis Will Come To Earth In 2029 — And It Could Meet Some Tiny Spacecraft           >>           Microsoft's web-based mobile game store opens in July           >>           Google just patched the fifth zero-day exploit for Chrome this year           >>           Hulu's Black Twitter documentary is a vital cultural chronicle           >>           PSG Kit Launch Gives Fans First Glimpse Of Post-Mbappe Era           >>           Inter Milan Thrash Frosinone For Season's-Best 5-0 Win           >>           Transfer Talk: Barcelona Aiming To Sign Nico Williams           >>           How Tottenham Are Preparing For Their First FA Cup Final           >>           Man United Want To 'Rectify' Poor Season With FA Cup Win – Ladd           >>           US Says Israel May Have Breached International Law With American Weapons In Gaza           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


BDCB Keluarkan Kenyataan Dasar Pertama Tahun 2023


 


 July 22nd, 2023  |  11:14 AM  |   82 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Brunei Darussalam Central Bank (BDCB) hari ini mengeluarkan kenyataan dasar BDCB kali pertama bagi 2023.

 

Di dalam Kenyataan Dasar tersebut, BDCB mengongsikan bahawa International Monetary Fund (IMF) mengunjurkan pertumbuhan ekonomi global bagi tahun 2023 pada kadar 2.8 peratus (%), lebih rendah daripada 3.4% yang dicatat pada tahun 2022, sebelum meningkat kepada 3.0% bagi tahun 2024.

 

Sementara itu, ekonomi domestik telah mencatatkan penurunan sebanyak 1.6% pada tahun 2022, disebabkan oleh penguncupan Sektor Minyak dan Gas.

 

Memandang ke hadapan, ekonomi Negara Brunei Darussalam (NBD) dijangka akan bertambah baik pada tahun 2023 didukung oleh projek-projek pelaburan langsung asing yang sedang dijalankan.

 

Walau bagaimanapun, masih terdapat risiko penurunan dengan jangkaan permintaan global yang lebih perlahan, tahap pengeluaran minyak mentah dan gas cecair asli yang lebih rendah, dan ketidakpastian dalam pasaran minyak.

 

Selaras dengan bank-bank pusat global yang terus mengawal kadar inflasi yang masih tinggi, Monetary Authority of Singapore, dalam kenyataan dasar monetari pada bulan April 2023, telah mengekalkan tahap dasar monetarinya memandangkan kesan daripada pengetatan dasar monetari terdahulu masih mempunyai impak terhadap ekonomi.

 

Mengambil kira faktor ini serta data Indeks Harga Pengguna terkini, BDCB mengunjurkan kadar inflasi NBD bagi tahun 2023 dalam lingkungan 1.0% hingga 2.0%.

 

Pada suku pertama 2023, sektor kewangan NBD telah merekodkan penurunan sebanyak 0.3% tahun-ke-tahun dengan nilai aset keseluruhan sebanyak BND23.9 bilion, di mana BND14.1 bilion (59.1%) merupakan aset kewangan Islam.

 

Institusi-institusi penerima deposit pula menyumbang sebanyak 91.9% daripada jumlah keseluruhan aset sektor kewangan dengan nilai aset berjumlah BND21.9 bilion.

 

Kedudukan modal industri perbankan kekal berdaya tahan dan stabil dengan agregat Nisbah Kecukupan Modal (Capital Adequacy Ratio) sebanyak 21.3% pada suku pertama 2023.

 

Selain itu, pulangan keuntungan dari industri perbankan juga turut meningkat, didorong oleh persekitaran kadar faedah / keuntungan yang meningkat.

 

Dalam bidang pasaran modal, BDCB telah mengeluarkan pindaan terhadap Notice on Licensing Examination dan Guideline on Conducting the Regulated Activity of Giving or Offering Investment Advice dengan tujuan untuk memberikan penjelasan tentang keperluan yang berkaitan dengan pengendalian perniagaan pelaburan Islam.

 

BDCB juga telah memperkenalkan peruntukan yang memerlukan pengawalseliaan aset maya melalui pindaan terhadap Notice on Requirement for Payment Systems dan pengeluaran Guidelines on Offering and Trading of Security Tokens bagi memenuhi keperluan Financial Action Task Force (FATF) Recommendation 15 yang ditetapkan oleh Asia/Pacific Group (APC) Mutual Evaluation.

 

Kenyataan Dasar BDCB 1/2023 yang lengkap boleh didapati di laman sesawang BDCB di 'www.bdcb.gov.bn'. Bagi maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, orang ramai bolehlah menghubungi BDCB melalui talian +673 8318388, atau melalui e-mel di '[email protected]'.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Kashmir: Why Modi's BJP Is Not Fighting Elections In The Himalayan Region

 2024-05-11 10:07:53

UK Economy Is Improving But People May Not Notice

 2024-05-11 05:29:59