FacebookInstagramTwitterContact

 

Natural Remedies That Defeat Chronic Stress And Support Adrenal Health           >>           Korean Researchers Say That Mulberry Leaf Extract Manages Blood Sugar Levels           >>           Sushi Lovers, Rejoice: Wasabi Can Help Prevent Cancer           >>           You Can Now Hire Out Abandoned London Tube Stations For Your Next Party           >>           Chad Michael Murray Shares Daughter’s Reaction To Watching A Cinderella Story           >>           Chris Pine Reflects On Losing Out On The O.C. Role Due To His "Bad Acne"           >>           'Extreme' Geomagnetic Storm May Bless Us With More Aurora Displays Tonight And Tomorrow           >>           Inter Regu National League Sepak Takraw           >>           Singapore Premier League           >>           Briefing on STEAM Education           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tanggungjawab Rakyat Mentaati, Mensyukuri Kepimpinan Raja


 


 July 22nd, 2023  |  11:16 AM  |   112 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kita sebagai rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam (NBD) adalah bertanggungjawab untuk sentiasa mentaati dan mensyukuri kepimpinan raja kerana perbuatan sedemikian merupakan sebahagian daripada ciri orang-orang yang beriman dan bertakwa.

 

Sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah An-Nisa, ayat 59, tafsirnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil Amri (orang-orang yang berkuasa) daripada kalangan kamu".

 

Demikian antara inti pati forum yang bertajuk 'Mentaati dan Mensyukuri Kepimpinan Raja' yang merupakan salah satu pengisian dalam persembahan bercorak keugamaan sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan  dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-77 pada tahun ini yang disertai oleh Pusat Da'wah Islamiah (PDI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dalam sama-sama memeriahkan lagi sambutan berkenaan malam tadi di Pentas Perayaan di Kawasan Lapang berhadapan Muzium Alat Kebesaran Diraja, Bandar Seri Begawan.

 

Forum berkenaan juga membincangkan serba sedikit mengenai hukum mentaati raja selain daripada mengungkapkan beberapa cara untuk menunjukkan rasa syukur serta cinta dan taat kepada kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan bagaimana kita sebagai rakyat dan penduduk memikul peranan dan tanggungjawab dalam merealisasikan hasrat baginda untuk menjadikan NBD sebagai sebuah Negara Zikir.

 

Para ahli panel forum terdiri daripada Pegawai Ugama daripada PDI, Awang Isham bin Haji Ismail dan Dayang Siti Juhaidah binti Haji Bujang.

 

Hadir selaku tetamu kehormat, Setiausaha Tetap, KHEU, Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim dan isteri.

 

Turut hadir, Pengarah PDI, Awang Haji Abd. Rajid bin Haji Mohd Salleh.

 

Acara dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar, Surah Al-Fatihah, dan Doa Allah Peliharakan Sultan dan NBD.

 

Majlis juga turut diserikan dengan persembahan Tausyeh daripada para pelajar penempatan kerja di PDI dan juga persembahan nasyid daripada gabungan mualaf Rumah Kegiatan Ugama Kampung Bebuloh; Persatuan Nur Islam; para pelajar Kelas Bimbingan Muallaf Daerah Brunei dan Muara serta para pelajar penempatan kerja di PDI.

 

Acara pada malam berkenaan juga turut dimeriahkan dengan kuiz spontan untuk orang awam.

 

Persembahan bercorak keugamaan berkenaan merupakan sebahagian daripada aktiviti tahunan PDI yang antara lain bertujuan untuk memberi peluang kepada para pegawai dan kakitangan KHEU dan jabatan-jabatan di bawahnya serta Persatuan Muallaf dalam sama-sama menzahirkan rasa kasih sayang dan syukur atas kepimpinan raja dikasihi yang adil lagi bijaksana.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Hundreds Feared Dead In Afghanistan Flash Flooding

 2024-05-12 01:56:04

UK Economy Is Improving But People May Not Notice

 2024-05-11 05:29:59