FacebookInstagramTwitterContact

 

Natural Remedies That Defeat Chronic Stress And Support Adrenal Health           >>           Korean Researchers Say That Mulberry Leaf Extract Manages Blood Sugar Levels           >>           Sushi Lovers, Rejoice: Wasabi Can Help Prevent Cancer           >>           You Can Now Hire Out Abandoned London Tube Stations For Your Next Party           >>           Chad Michael Murray Shares Daughter’s Reaction To Watching A Cinderella Story           >>           Chris Pine Reflects On Losing Out On The O.C. Role Due To His "Bad Acne"           >>           'Extreme' Geomagnetic Storm May Bless Us With More Aurora Displays Tonight And Tomorrow           >>           Inter Regu National League Sepak Takraw           >>           Singapore Premier League           >>           Briefing on STEAM Education           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


JPMC – NUH Meterai Mou Dalam Bidang Kerjasama Perubatan


 


 July 22nd, 2023  |  11:18 AM  |   99 views

JERUDONG

 

Pusat Perubatan Jerudong Park (JPMC) bersama National University Hospital of Singapore (NUH) hari ini memeterai sebuah Memorandum Persefahaman (MoU) dalam usahanya untuk memupuk misi yang lebih mendalam antara kedua-dua buah hospital melalui bidang pemindahan pengetahuan teknikal dalam kemahiran perubatan, akademik, penyelidikan dan operasi.

 

MoU berkenaan menandakan pencapaian yang bermakna dalam membawa bersama kekuatan JPMC dan NUH untuk memupuk inovasi, memperbaiki keadaan pesakit, dan meluaskan sempadan ilmu perubatan.

 

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyaksikan penandatangan MoU berkenaan, Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, yang juga selaku Pengerusi JPMC.

 

Menandatangani bagi pihak JPMC ialah Timbalan Pengarah Perubatan JPMC, Dr. Muhd Hiza Wardy bin Haji Abdul Halim; dan Pemangku Ketua Pegawai Operasi JPMC, Puan Bun Pei Ling.

 

Manakala NUH diwakili oleh Konsultan Kanan dan Ketua Kardiologi Pediatrik NUH, Profesor Quek Swee Chye, selaku Pengerusi Lembaga Perubatan NUH.

 

Terdahulu dalam ucapannya, Dr. Muhd Hiza Wardy berkata, penandatanganan MoU berkenaan menandakan bermulanya perkongsian strategik antara JPMC dan NUH dalam bidang kerjasama pemindahan pengetahuan teknikal dalam kemahiran perubatan, akademik, penyelidikan serta operasi, dan mereka akan kekal komited dalam menegakkan standard tinggi dalam penjagaan pesakit dan amalan perubatan.

 

Sementara itu, Profesor Quek Swee Chye pula menjelaskan, melalui perkongsian sama berkenaan, ia akan membuka laluan kerjasama baharu dalam pelbagai bidang utama, yang akan membantu kedua-dua pihak mengharungi cabaran pada masa kini.

 

Kedua-dua pihak juga percaya, dengan menghimpunkan kepakaran bersama, mereka dapat mewujudkan impak perubatan transformatif terhadap penjagaan kesihatan di Negara Brunei Darussalam serta kemajuan penjagaan kesihatan di rantau ini.

 

Majlis turut menyaksikan penyampaian pertukaran cenderamata penghargaan antara JPMC dan NUH, diikuti dengan sesi lawatan di JPMC dan juga Pusat Pakar Pantai Jerudong (PJSC).

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Hundreds Feared Dead In Afghanistan Flash Flooding

 2024-05-12 01:56:04

UK Economy Is Improving But People May Not Notice

 2024-05-11 05:29:59