FacebookInstagramTwitterContact

 

Natural Remedies That Defeat Chronic Stress And Support Adrenal Health           >>           Korean Researchers Say That Mulberry Leaf Extract Manages Blood Sugar Levels           >>           Sushi Lovers, Rejoice: Wasabi Can Help Prevent Cancer           >>           You Can Now Hire Out Abandoned London Tube Stations For Your Next Party           >>           Chad Michael Murray Shares Daughter’s Reaction To Watching A Cinderella Story           >>           Chris Pine Reflects On Losing Out On The O.C. Role Due To His "Bad Acne"           >>           'Extreme' Geomagnetic Storm May Bless Us With More Aurora Displays Tonight And Tomorrow           >>           Inter Regu National League Sepak Takraw           >>           Singapore Premier League           >>           Briefing on STEAM Education           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Dukung Belia Ceburi Industri Perniagaan


 


 July 23rd, 2023  |  11:34 AM  |   62 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Belia yang berkualiti merupakan aset yang amat penting bagi sesebuah negara kerana dengan golongan belia inilah yang akan membentuk negara yang maju dari segi fizikal mahupun spiritual.

 

Pelita Brunei berkesempatan membuat tinjauan ke salah sebuah restoran yang diusahakan sepenuhnya oleh belia tempatan iaitu Awang Mohd. Saifullah bin Haji Suhaimi berumur 33 tahun, mula membuka perniagaan restoran, bbq@steamboataza pada bulan Ogos tahun lepas.

 

Semasa ditemu bual beliau menjelaskan, memandangkan pada masa ini sukar untuk mendapat pekerjaan sama ada di sektor kerajaan atau swasta, beliau menyarankan kepada para belia di luar sana untuk tidak terlalu memilih pekerjaan dan jangan hanya menunggu peluang pekerjaan sebolehnya bekerja secara sendiri.

 

Menurutnya, para belia perlu membuka minda mereka untuk berfikir di luar kotak seperti memulakan perniagaan sendiri secara kecil-kecilan dahulu untuk mendapatkan pendapatan seharian daripada hanya bergantung pada ibu bapa atau keluarga sahaja.

 

Melalui berniaga ini juga katanya, para belia dapat menggunakan masa mereka dengan kegiatan yang bermanfaat, selain itu juga sebagai menyahut seruan kerajaan dan tidak mustahil mereka dapat membawa nama Negara Brunei Darussalam ke luar negara apabila perniagaan yang diusahakan mereka berjaya nanti.

 

“Jangan mudah berputus asa, andai jatuh sekali, tidak bererti akan selamanya jatuh, kita perlu bangkit dan terus bangkit, InsyaaAllah segalanya akan nampak hasilnya asalkan kita berlaku jujur dan amanah.

 

“Sentiasa mencabar diri untuk membuat sesuatu yang berlainan dan mempunyai sifat yang positif dan tidak mudah berputus asa dalam apa jua jenis pekerjaan yang dilakukan," ujarnya lagi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Hundreds Feared Dead In Afghanistan Flash Flooding

 2024-05-12 01:56:04

UK Economy Is Improving But People May Not Notice

 2024-05-11 05:29:59