FacebookInstagramTwitterContact

 

'Extreme' Solar Storms Cook Up Sweet Mother's Day Auroras For Moms Everywhere           >>           The geomagnetic storm is a nightmare for farmers relying on precision agriculture tech           >>           The geomagnetic storm is a nightmare for farmers relying on precision agriculture tech           >>           Most App Store Developers Aren’t Taking Apple Up On Its New Outside Payments Option           >>           Pre-Orders For Ghost Of Tsushima On PC Are Being Canceled In Countries Without PSN Access           >>           Toulouse Spoil PSG Title Party, Mbappé Sendoff With Surprise Win           >>           Leverkusen Crush Bochum To Stretch Unbeaten Run To 50 Games           >>           Trossard's goal proved enough to earn Arsenal all three points.           >>           Man United Earn First Women's FA Cup With Dominant Spurs Win           >>           WBA, Saints Play Out Goalless Draw In Championship Playoff           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Mengurangkan Jurang Kemahiran Vokasional Negara-Negara ASEAN


 


 July 23rd, 2023  |  11:42 AM  |   116 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Micronet International College pagi tadi mengadakan majlis bagi meraikan kedatangan kumpulan pertama Program Mobiliti Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (Technical and Vocational Education Training - TVET) ASEAN-Republic of Korea (ROK) bertempat di Radisson Hotel, di ibu negara.

 

Hadir pada majlis berkenaan ialah perwakilan dari Kedutaan Republik Korea di Negara Brunei Darussalam (NBD); Kedutaan Diraja Kemboja di NBD; Kedutaan Besar Republik Indonesia di NBD; Kedutaan Republik Demokratik Rakyat Lao di NBD; Kedutaan Republik Filipina di NBD; dan Kedutaan Republik Kesatuan Myanmar di NBD.

 

Pada majlis berkenaan, dalam ucaptama yang disampaikan oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) selaku Pengarah Pendidikan Teknikal, Pengiran Hajah Hamidah binti Pengiran Haji Hidup antara lain menjelaskan TVET telah lama diiktiraf sebagai asas untuk pembangunan ekonomi mana-mana negara kerana ia menyediakan negara yang mempunyai tenaga kerja yang berkelayakan.

 

Oleh kerana rantau ASEAN menjadi lebih industri ujarnya, permintaan untuk tenaga kerja mahir juga semakin meningkat bahkan  pelaksanaan program mobiliti berkenaan juga  tepat pada masanya dan sempurna sesuai mengikut objektifnya untuk mengukuhkan kawasan teras program TVET biasa ASEAN dan mengurangkan jurang dalam kecekapan pekerjaan dalam kalangan negara-negara.

 

Mobiliti pelajar dan ahli fakulti adalah trend yang semakin meningkat di Asia dan di seluruh dunia dan banyak kelebihan boleh diperoleh daripada amalan berkenaan.

 

"Pelajar boleh membangunkan kemahiran 'transversal' mereka seperti kemahiran komunikasi, kemahiran bahasa, pemikiran kritikal, penyelesaian masalah, kemahiran antara budaya dan kemahiran penyelidikan serta memudahkan pembangunan peribadi seperti keupayaan untuk menyesuaikan diri kepada situasi baharu dan mendapat keyakinan diri.

 

Ahli akademik sebaliknya, boleh berkongsi kepakaran mereka, mengalami persekitaran pengajaran baharu, memperoleh kemahiran reka bentuk pedagogi dan kurikulum inovatif baharu, bertukar amalan terbaik, dan meningkatkan kerjasama antara institusi pendidikan tinggi," tambahnya.

 

Program ASEAN-ROK TVET Mobility adalah merupakan projek yang dibiayai sepenuhnya oleh Korea Chamber of Commerce and Industry (KCCI) melalui ASEAN-ROK Cooperation Fund.

 

Tujuan program berkenaan adalah bagi mengurangkan jurang antara permintaan dan bekalan dalam bidang kemahiran vokasional di negara-negara ASEAN.

 

Program Mobiliti TVET memudahkan pertukaran pelajar dan guru dalam kalangan institusi TVET di ASEAN.

 

Kurikulum menggabungkan pengetahuan terkini dan kemahiran masa depan Revolusi Industri Ke-4.

 

Micronet International College dipilih sebagai hos bagi Negara Brunei Darussalam untuk program berkenaan.

 

Terdapat 19 peserta daripada lima negara anggota ASEAN, iaitu dua dari Kemboja; tiga dari Myanmar; lapan dari Indonesia; tiga dari Filipina; dan tiga dari Lao PDR.

 

Kumpulan pertama Program ASEAN-ROK TVET Mobility bermula pada 10 Julai lalu dan akan berakhir pada 30 September 2023 untuk tempoh tiga bulan.

 

Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut, bolehlah mengunjungi Micronet International College cawangan Gadong atau Jerudong atau hubungi talian +673 2451133 (Gadong) atau +673 2611133 (Jerudong).

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

The Man Who Took On The Coal Industry To Save A Forest - And Won

 2024-05-13 01:31:28

UK Economy Is Improving But People May Not Notice

 2024-05-11 05:29:59