FacebookInstagramTwitterContact

 

Woman Scammed Out Of £2,000 By Online Seller’s Cruel Iphone Trick           >>           Two People Charged After ‘Dine And Dash Spree’ Across Multiple Restaurants           >>           4 Food Preservation Methods To Avoid Spoilage And 3 Alternatives To Refrigeration           >>           At Least A Dozen Water Suppliers In Iowa Are Still Providing Residents With Drinking Water Contaminated With “Forever Chemicals”           >>           Powdered Cheese: A Versatile, Shelf-Stable Food To Add To Your Survival Stockpile           >>           Emergency Water Pipe Repair Work Update           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Badudun Bersama Biskita' Roadshow           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


100 Pelajar Maktab Duli PMAMB Sertai Program H.A.P.P.Y


 


 July 23rd, 2023  |  11:50 AM  |   128 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kira-kira 100 pelajar daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Pembimbing Rakan Remaja (PRR) Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah (Maktab Duli PMAMB) menyertai program kesedaran HIV untuk Rakan Sebaya dan Belia (HIV Awareness Programme for Peers and Youths - H.A.P.P.Y) kelolaan Brunei Darussalam AIDS Council (BDAIDS Council), iaitu sebagai salah satu program kesedaran yang dikendalikan oleh pihak sekolah.

 

H.A.P.P.Y merupakan projek yang diterajui oleh belia yang menyebarkan mengenai kesedaran HIV, termasuk pengetahuan tentang kehamilan remaja dan jangkitan seksual.

 

Ia adalah program interaktif yang menggabungkan audio dan visual serta aktiviti interaktif untuk menyampaikan mesej kepada golongan belia yang merangkumi mesej yang disesuaikan untuk persekitaran tempatan.

 

Mewakili Majlis BDAIDS dalam menyampaikan dan memudahcarakan program di Maktab Duli PMAMB berkenaan ialah Ahli Jawatankuasa Eksekutif daripada H.A.P.P.Y, Siti Najihah Kamilah binti Latif.

 

Juga hadir bersama bagi menjayakan program berkenaan ialah sukarelawan daripada pasukan H.A.P.P.Y.

 

Semasa ceramah berkenaan, beliau berkongsi statistik tempatan terkini mengenai STI dan Kehamilan Remaja dengan mengetengahkan umur dan jantina yang mendominasi statistik.

 

Beliau juga turut menyentuh mengenai angka berkenaan boleh dibendung dengan menerapkan tegahan sebagai sebahagian daripada usaha untuk mencegah belia daripada terlibat dalam sebarang tingkah laku berisiko yang membawa kepada jangkitan STI, hamil di luar nikah atau kahwin awal.

 

Majlis BDAIDS berharap pelajar dapat menjadikan mesej yang disampaikan sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran mereka dan menerapkannya dalam gaya hidup harian mereka.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Cambodia Blast: 20 Soldiers Killed In Ammunition Explosion

 2024-04-28 00:52:46

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48