Home > Bahasa Melayu
Malam Nuriman Serikan Pentas Perayaan Tutong
July 23rd, 2023 | 11:56 AM | 118 views
TUTONG
Dalam memeriahkan lagi Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-77 pada tahun ini, beberapa acara sampingan disediakan bagi memeriahkan lagi suasana sambutan dan salah satu acara sampingan tersebut ialah Persembahan Pentas Perayaan.
Sehubungan itu, Pentas Perayaan diteruskan lagi dengan Malam Nuriman yang dikendalikan oleh Akademi Panggung Sri Utama yang diadakan di kawasan lapang berhadapan dengan Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, di sini.
Persembahan puisi dan lagu dakwah serta selawat telah memeriahkan pentas tersebut dan sektsa yang bertajuk, 'Wal Asr' yang disampaikan oleh ahli akademi tersebut di mana arahan dan skrip oleh Sosonjan A. Khan.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan juga selaku Ketua Kampung Sengkarai Tutong. Yang Berhormat Ahli MMN turut mempersembahkan bacaan puisi sajak yang bertajuk 'Wira Bahasa'.
Menurut Yang Berhormat dengan adanya Malam Nuriman ini banyak lagu-lagu yang dipersembahkan mengingatkan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dan untuk sentiasa berselawat begitu juga dengan persembahan sketsa. Acara diakhiri dengan soalan kuiz dan penyampaian hadiah.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]